Pelakon Ramasundran Rengan@ Rama sudah tiada!

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

KUALA LUMPUR: Pelakon, penyanyi, pelawak dan pengarah Ramasundran Rengan meninggal dunia awal pagi tadi.

Berdasarkan kenyataan di Instagram Persatuan Seniman Malaysia memaklumkan mendiang Ramasundran, 57, yang juga dikenali sebagai Rama meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) antara jam 2 hingga 2.30 pagi tadi.

“Kita kehilangan seorang pelakon, pelawak, penyanyi, pengarah yang sangat berdedikasi dan komited dengan kerjanya.

“Hari ini Ramasundran Rengan menghembuskan nafas terakhirnya, meninggalkan kenangan manis kepada semua sahabat. Salam takziah buat isteri Kamala dan keluarga,” menurut kenyataan itu.

Mendiang dilaporkan mengalami bengkak kaki dan dibawa ke bahagian kecemasan HKL antara jam 12 hingga 12.30 tengah malam.

“Sejam kemudian doktor mengesahkan bahawa Ramasundran telah tiada. (beliau mempunyai sejarah masalah jantung),” katanya.

Mendiang Ramasundran adalah pelawak berbangsa India yang sangat dikenali dalam industri hiburan tempatan termasuk membintangi sitkom Spanar Jaya dengan watak Murti.

Difahamkan mediang yang juga Penolong Setiausaha Yayasan Artis Veteran Malaysia turut mempunyai syarikat produksi sendiri di Jalan Genting Kelang, Kuala Lumpur.

Fasih berbahasa Mandarin dan Hokkien, mendiang dilaporkan sudah mengarah 300 drama dan berlakon dalam 500 drama dan filem setakat 2017.

Antara filem lakonannya termasuk Petaling Street Warriors (2011), Kerja Kahwin (2017) and Cinta 200 Ela (2002).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

716
Kongsi :
Previous post Khabar ‘gembira’ buat hampir 6,000 petugas media
Next post Polis buka kertas siasatan Tajuddin tidak pakai pelitup muka
Ubah saiz-+=