Pelancaran Tahun Melawat Melaka 2024 malam ini

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

KUALA LUMPUR 14 Julai – Persiapan akhir bagi Majlis Pelancaran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) , Jalan Ampang, di sini, malam ini, giat dijalankan pihak penganjur dan agensi terbabit.

Pengurus Projek AKA Balloon Sdn. Bhd. Hafizah Khairudin berkata, pihaknya turut melakukan persiapan awal bagi memastikan ‘hot air balloon’ (belon udara panas) yang juga antara tarikan utama pada majlis pelancaran itu berfungsi dengan sempurna.

Katanya, proses mengembangkan dan menguji belon berkenaan dimulakan sejak jam 6 petang tadi bagi memastikan semua peralatan berfungsi dengan baik.

“Kami berasa bangga kerana diberikan peluang untuk turut serta menjayakan TMM2024, diharapkan kehadiran kami dapat memeriahkan lagi festival dan menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Melaka pada 2024 nanti.

“Proses mengembangkan belon mengambil masa sekitar 30 ke 45 minit sahaja. Datanglah beramai-ramai untuk meriahkan majlis ini dan rasai pengalaman menaiki belon udara panas,” katanya ketika ditemui.

IMG_20230714_193118_844
KUALA LUMPUR 14 Jun – Pengurus Projek AKA Balloon Sdn. Bhd. Hafizah Khairudin. Foto Iqmal Haqim Rosman

Majlis pelancaran TMM2024 dijangka disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama barisan pemimpin Negeri Melaka dijadualkan hadir sama ke majlis itu.

Selain belon udara panas majlis pelancaran malam ini dijangka dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan seperti rebana dan tarian.

Turut bakal memeriahkan majlis adalah persembahan artis Datuk Amy Search, Datuk Hattan, Nabila Razali dan Haziq Rosebi.

Turut berlangsung di tapak sama adalah Festival TMM2024 selama tiga hari bermula hari ini hingga Ahad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5777
Kongsi :
Previous post Kerjasama dengan Elon Musk bawa puluhan ribu peluang pekerjaan di Malaysia – PM Anwar
Next post Pelancongan agama jadi antara tarikan TMM2024
Ubah saiz-+=