
Pelantikan ahli JPKKK dan JPKKB sudah disahkan dalam mesyuarat
SERI NEGERI 7 April – Tiada sebarang isu timbul berkaitan pelantikan ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Baharu (JPKKB) kerana perkara itu sudah diluluskan di peringkat kerajaan negeri.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata pelantikan JPKK dan JPKKB sudah dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) lalu dan tiada halangan timbul membabitkan perkara itu.
“Dalam mesyuarat MMKN lalu, segala bentuk pembayaran telah dikenal pasti, portfolio yang menjaga JPKK dan JPKKB sudah disahkan dalam mesyuarat.
“Sekiranya ada masalah yang timbul, itu masalah dalaman JPKK itu sendiri, tapi di peringkat kerajaan negeri, kita sudah luluskan semua, tiada satu pun tertinggal,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik MMKN di sini, hari ini.
Sulaiman mengulas mengenai perkara itu susulan pelantikan ahli JPKK dan JPKKB pada penggal lalu telah tamat tempoh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...
