Pelbagai mekanisme tarik pengunjung ke Jelajah AKM Melaka 2022

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 11 Oktober – Pelbagai program, aktiviti dan hadiah menarik di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Melaka 2022 akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dari 14 hingga 16 Oktober ini.

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Negeri Melaka, Shahrom Ravin Daram Abdullah berkata pihaknya sebagai penyelaras hebahan menggunakan pelbagai bentuk medium dan jenis hebahan bagi menarik lebih ramai pengunjung hadir ke program berlangsung tiga hari itu.

Katanya, antara medium yang digunakan adalah secara fizikal menerusi Info On Wheel (IOW), media sosial dan rantaian mesej menerusi aplikasi Whatsapp.

“Sebagai pihak yang akan menyelaras segala promosi dan hebahan, JaPen juga telah menggerakkan 84 komuniti Keluarga Malaysia di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai rakan strategik.

“Turut disertakan infografik dari penganjur yang akan dihantar menerusi untaian mesej program ini di WhatsApp, jadi sasaran orang yang akan menerima maklumat lebih luas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada media ketika ditemui di pejabatnya di Menara Persekutuan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya juga akan membuat hebahan di lokasi-lokasi tumpuan awam untuk lebih dekat dengan masyarakat.

“Sebagai contoh, wakil-wakil JaPen juga akan membuat hebahan ke tempat-tempat tumpuan awam, seperti di pasar awam dan pelbagai lagi lokasi tumpuan lain,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1579
Kongsi :
Previous post Penyelia tapak pembinaan didakwa culik, bunuh teman wanita
Next post Terkesan COVID-19, penggiat pelancongan kini ikon petani rock melon Melaka
Ubah saiz-+=