Pelbagaikan penggunaan bahasa di sekolah hadapi cabaran pendidikan digital – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

ASAHAN 13 Julai – Dalam menghadapi cabaran pembelajaran digital dalam transformasi pendidikan negara, semua sekolah di negeri ini mempelbagaikan penggunaan bahasa sebagai nilai tambah kepada anak-anak.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri. Fairul Nizam Roslan berkata, peluang itu perlu diambil memandangkan peluang untuk anak-anak yang mempunyai kelebihan bertutur dalam pelbagai bahasa sering diberikan keutamaan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan berkata, cadangan untuk menggalakkan pengajaran bahasa ketiga itu timbul ketika beliau merasmikan sebuah sekolah di Nyalas.

“Saya mendapat idea apabila saya merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Toon Hua, Nyalas yang mana 80 peratus murid-murid sekolah itu adalah murid Melayu yang boleh berbahasa Cina.

“Jadi saya rasa kenapa peluang ini tidak diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) malah guru besar juga perlu sahut cabaran ini supaya bukan sahaja orang Melayu boleh berbahasa Cina, malah kaum India dan Cina yang juga boleh bertutur dalam bahasa lain.

“Jika ada sekolah-sekolah di negeri ini yang mahu membuat program sebegini saya sangat mengalu-alukan, saya rasa kementerian juga menyokong sebab sudah sampai masa di negara kita ini, kita dapat mempelbagaikan bahasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerjanya ke tapak projek menara telekomunikasi dibawah program PPS JENDELA DUN Asahan di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Melaka, Muhammad Luqman Ali dan Ketua Pegawai Esksekutif Melaka ICT Holding Sdn Bhd (MICTH), Dr. Nazdiana Ab Wahab.

Terdahulu Fairul Nizam telah mengadakan lawatan di menara telekomunikasi Kampung Gapis dan Batang Melaka Baru.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1143
Kongsi :
Previous post SWM buka kaunter ‘Mobile KITARecycle’ di Jalan Jonker
Next post Tukang gunting rambut di Jasin cemerlang STPM 2022
Ubah saiz-+=