Pelumba drag Apeh Jamal selamat dikebumikan pagi ini

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

IPOH, 16 Okt – Pelumba drag yang maut ketika menyertai perlumbaan drag Battle of The Kings di Litar Permotoran Terengganu di Gong Badak semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di sini hari ini.

Jenazah Apeh Jamal atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, 40, dikebumikan pada 10.10 pagi yang turut dihadiri kira-kira 200 orang terdiri ahli keluarga dan rakan-rakan.

Allahyarham sebelum itu disembahyangkan di Masjid Al Muttaqin Taman Meru di sini pada 9 pagi tadi.

Sebelum itu, jenazah selamat tiba di kediaman keluarganya di Puncak Meru di sini dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selepas selesai proses bedah siasat.

Allahyarham yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik meninggalkan isteri, Norhasyimah Shairi, 37, dan dua anak berusia 11 dan tujuh tahun.

Dalam kejadian kira-kira 11.35 pagi semalam, Muhamad Hafez Jamal memandu kereta Mitsubishi Lancer Evo dikatakan bersendirian melakukan sesi perlumbaan dalam satu acara.

Insiden itu menyebabkan siri perlumbaan yang berlangsung selama lima hari bermula Rabu lepas dan dijadualkan tamat hari ini dibatalkan serta-merta semalam, oleh pihak penganjur.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din yang mengesahkan kejadian itu berkata siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3262
Kongsi :
Previous post Puluhan rumah di P.Pinang dilanda banjir kilat
Next post Penderhaka bukan jiwa seorang pejuang – Ab Rauf
Ubah saiz-+=