Penderhaka bukan jiwa seorang pejuang – Ab Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

ALOR GAJAH 16 Oktober – “Menderhaka kepada parti tidak ada dalam jiwa kita, kita akan bersama terus menentang mereka yang menjadi penderhaka kepada parti”.

Itu pendirian Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang bersedia menempuh arus perjuangan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal tiba.

Beliau berkata, perjalanan politik bukan satu perjalanan seperti pegawai kerajaan, namun perjalanan politik adalah sebuah perjuangan.

“Perjalanan yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah, dalam satu dasar dibuat Masjid Tanah juga tidak terlepas dalam sejarah perjuangan kita.

“Penderhakaan ini bukan jiwa seorang pejuang, seorang pejuang dia sanggup mati kerana perjuangannya, ambil contoh di bumi Melaka yang mana Hang Jebat boleh menderhaka kepada sultan kerana membela abangnya yang dianiaya.

“Hang Tuah juga boleh bunuh Hang Jebat kerana dia membunuh sultan, jadi itulah kaedahnya perjuangan di bumi Melaka ini, kita boleh jadi hang tuah, kita boleh jadi Hang Jebat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah di Dewan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah di sini, hari ini.

WhatsApp Image 2022-10-16 at 12.03.29 PM
Ab Rauf

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu; Naib Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Latipah Omar; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid; Ketua Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah, Dayang Senandong Moomin dan lain-lain perwakilan.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah yakin UMNO akan kekal berpihak kepada Masjid Tanah dengan semangat jentera yang ada.

“Masjid Tanah akan kekal di tangan UMNO, bila-bila masa kita boleh bunuh penderhaka .

“Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas, taat setia kita kepada parti terus membara dan berkobar untuk membawa Melaka ke arah kecemerlangan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2496
Kongsi :
Previous post Pelumba drag Apeh Jamal selamat dikebumikan pagi ini
Next post PRU15: Henti sabotaj, pastikan kemenangan BN – PM
Ubah saiz-+=