Sorting by

×

Pemain, pegawai MU bebas COVID-19

Masa Membaca:55 Saat

KRUBONG 1 Okt. – Pemain dan pegawai pasukan Melaka United disahkan negatif COVID-19 dan dibenarkan berkunjung ke Stadium Darul Aman menentang Kedah, Ahad ini.

Perkara itu dimaklumkan Pengurus Pasukannya Muhammad Akram Abdullah selepas menerima keputusan ujian calitan COVID-19, hari ini.

Menurutnya, selepas aksi menentang Sabah di Stadium Likas, Ahad lalu, pemain dan pegawai telah menjalani ujian calitan sebanyak dua kali dan telah menjalani kuarantin di hotel sementara menunggu keputusan ujian berkenaan.

“Alhamdulillah para pemain dan juga pegawai semua negatif COVID-19 selepas menjalani ‘swab test’ (PCR) sebanyak dua kali bagi memastikan tahap kesihatan pemain dan pegawai keutamaan kami.

“Atas sebab itu, kami membuat permohonan untuk menunda perlawanan menentang Kedah yang mana permohonan itu telah diterima pihak MFL dan pasukan lawan untuk memberi kami menjalani latihan selepas tempoh kuarantin,” katanya.

Mengulas sama, ada penundaan perlawanan yang sepatutnya pada Jumaat kepada hari Ahad memberi kelebihan kepada skuad Hang Tuah apabila dapat berehat lebih lama, Muhammad Akram memilih untuk menafikannya.

“Pada saya, ia tidak kelihatan seperti memberi kelebihan kepada sesiapa. Keputusan ini dibuat kerana kami menekankan faktor keselamatan dan kesihatan kepada semua pihak,” katanya lagi.

Views:

275
Kongsi :
Previous post Eksesais helang laut, komitmen APMM pelihara perairan negara
Next post Bomba sanitasi Seri Negeri
Ubah saiz-+=