
Temui ajal ketika berehat bawah khemah
KLEBANG 18 Februari – Seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri ketika berehat di bawah khemah sewaktu keluar memancing di kawasan tambak pasir belakang sebuah restoran di Kampung Lereh, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 41 tahun yang bekerja sebagai juru-X-ray di Hospital Melaka disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa telah mengadu tidak sihat kepada rakannya dan mahu berehat di bawah khemah.
Menurutnya, ketika berada di bawah khemah, mangsa dikatakan telah membasahkan kepala dan meminum air, namun tiba-tiba muntah.
“Selepas itu, mangsa telah berehat dan baring di atas tikar, namun ketika rakannya cuba mengejutkan mangsa, tiada respon diberikan.
“Rakannya telah menghubungi ambulans ke lokasi dan petugas kesihatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk dibedah siasat.
Ujarnya, hasil bedah siasat punca kematian adalah disebabkan serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
