
PEMANDU LORI KONTENA MAUT TERSEPIT HAMPIR DUA JAM
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 3.04 pagi sebelum menggerakkan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas dan Shah Alam ke lokasi.
“Kemalangan disyaki berlaku akibat lori kontena itu terbabas sendiri dan laporan awal komander operasi mendapati mangsa lelaki warga tempatan telah tersepit dengan status keadaan mangsa masih sedar dan mengalami kecederaan ketika kejadian.
“Namun, mangsa yang telah berjaya dikeluarkan kira-kira 5.33 pagi kemudian telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya setelah operasi mengeluarkan mangsa berusia 33 tahun itu tamat pada 6.20 pagi tadi. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JELAJAH MEDIPULIH MELAKA 2026 TUMPU PERKUKUH KESIHATAN KOMUNITI DI TIGA LOKASI
AYER KEROH 29 Mei - Pendekatan kesihatan berasaskan komuniti terus diperkukuh apabila Program Jelajah MediPulih Melaka 2026 diperkenalkan sebagai platform...
PELAJAR TINGKATKAN EMPAT DITAHAN DIPERCAYAI BEKAL ‘VAPE MUSHROOM’
KESIDANG 29 Mei - Remaja lelaki berusia 17Â tahun ditahan bagi membantu siasatan selepas dia disyaki membekalkan rokok elektronik mengandungi...
PENGANGGUR DITAHAN BANTU SIASATAN PENEMUAN MAYAT TANPA IDENTITI
KESIDANG 29 Mei - Seorang pengganggur iaitu lelaki berusia 40 tahun ditahan selepas disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan mayat tanpa...
SWM GUNA MOTOSIKAL KABIN SISI EV UNTUK OPERASI PEMBERSIHAN
AYER KEROH 29 Mei - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuhkan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar menerusi penggunaan...
TAYAR TERPAKAI JADI PENYERI HALAMAN
DURIAN TUNGGAL 29 Mei - Kreativiti mengolah tayar terpakai menjadi pelbagai produk hiasan membawa tuah buat seorang pengusaha apabila perniagaan...
PEMUDA MUALAF TERUJA PERTAMA KALI SERTAI IBADAH KORBAN
KESIDANG 29 Mei - Peluang membantu menguruskan daging korban buat kali pertama menjadi pengalaman amat bermakna bagi seorang pemuda yang...
