
PEMBINAAN BLOK WANITA DAN KANAK-KANAK HOSPITAL MELAKA DISEGERAKAN – KKM
PENGKALAN BATU 8 Jun – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyegerakan Pembinaan Blok Wanita dan Kanak-Kanak (WCC) Hospital Melaka dalam usaha memperkukuh kemudahan kesihatan awam di negeri ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pembinaan blok WCC itu kini dalam proses sebut harga sebelum pelaksanaan projek dapat dimulakan.
“KMM akan meneruskan pembinaan Blok WCC dan kini dalam proses tender dan dijangka ia (projek) bermula pada Oktober depan membabitkan kos anggaran RM697 juta.
“Penyegeraan projek WCC Hospital Melaka adalah antara langkah jangka pendek untuk menyelesaikan isu kesesakan dan kapasiti katil di Hospital Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan Kerja Ke Hospital Melaka, di sini, semalam.
Hadir sama, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem serta lain-lain kenamaan.
Dr. Dzulkefly berkata, apabila siap kelak blok baharu itu dapat menempatkan 476 katil dan pastinya dapat menangani keterbatasan ruang fasiliti sedia ada.
“WCC ini adalah antara perancangan infrastruktur kesihatan baharu di Melaka yang sedang digerakkan KKM,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘WIRA’ MAIM DISARAN PERLUAS PERANAN KE BIDANG KECEMASAN
AYER KEROH 7 September - Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) disaran memperluas skop peranan kepada bidang...
KERETAPI SARONG MELAKA SASAR LEBIH 3,000 PESERTA
BANDA HILIR 7 September - Lokasi tumpuan sekitar Banda Hilir dijangka meriah dengan kehadiran ribuan peserta yang menggayakan kain sarung...
TOK RAUF DEKATI VETERAN, SUMBANG RM3,000 BANTU GERAK KERJA PERSATUAN
SUNGAI UDANG 7 September – Kesudian Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meluangkan masa menyantuni golongan Veteran Angkatan...
MPAG SENTIASA DI HATI ORANG AYER LIMAU
AYER LIMAU 7 September - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer memuji peranan besar...
WRUR AYER LIMAU: MPAG GANTI SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK DUA RUMAH BERUSIA LEBIH 40 TAHUN
AYER LIMAU 7 September - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) antara agensi utama yang turun padang menyantuni rakyat sedang menghadapi...
1,000 KAMPIT BERAS DIAGIHKAN SEMPENA JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT DUN SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 7 September - Sebanyak 1,000 kampit beras sumbangan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diagihkan kepada...
