Pemetaan dasar jadi indikator PSMJ 2035

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

KUALA LUMPUR 16 Februari – Proses pemetaan (mapping) dasar akan dijadikan sebagai indikator Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ) 2035 bagi membentuk Melaka sebagai negeri maju pada masa akan datang.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, PSMJ 2035 yang memasuki versi ketiga tahun ini akan diteruskan selepas pencapaian dalam pelaksanaannya mencapai 95 peratus pada tahun lalu.

“Kita akan guna indikator ini sebagai ‘mapping’, untuk lihat petunjuk prestasi utama (KPI) membabitkan mana-mana agensi terlibat dan akan digunakan untuk memajukan Melaka menuju negeri maju pada tahun 2035

“Kita sedang menjadikan negeri Melaka sebagai negeri mesra pelabur dengan pelbagai kaedah pendekatan digunakan untuk memudah cara pelabur memasuki Melaka.

“Pelbagai input yang kita akan dapat dalam perlaksanaan ini dengan kecekapan pengurusan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi membawa masuk pelabur, merencanakan infrastruktur negeri dan memikirkan pulangan kepada rakyat dalam segala apa jua input,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Konvensyen Hala Tuju Pembangunan Negeri Melaka 2023 diadakan di sebuah hotel di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, di sini hari ini.

8D13D682-4F65-467D-A42D-072CDA304E0D
Wakil Ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan turut hadir pada konvensyen berkenaan

Konvesyen yang diadakan selama tiga hari itu menyaksikan penganjuran tiga program utama bermula semalam selepas sesi Pelancaran Pembukaan PM (Protected Cell Company) PCC Ltd yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Konvesyen itu dijangka diakhiri dengan Pembentangan Fokus Mengikut Portfolio Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ) 2035 berteraskan lapan flagship utama pada pagi esok.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1182
Kongsi :
Previous post Lebih 36,100 terbunuh sejak gempa bumi kuat melanda Turkiye
Next post Tak perlu inisiatif baharu sebaliknya tambah baik mutu perkhidmatan bas
Ubah saiz-+=