
Pemuda maut, motosikal terbabas ke dalam longkang
ALOR GAJAH 31 Julai – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabas ke dalam longkang di Jalan Alor Gajah – Paya Datok, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa M Joshua, 31, dari Taman Sri Naning, disahkan maut di tempat kejadian.
“Kejadian berlaku kira-kira jam 4.15 pagi tadi apabila motosikal Yamaha Lagenda dari arah bulatan Alor Gajah menghala ke Paya Datuk, ditunggangi mangsa hilang kawalan.
“Motosikal berkenaan hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan, mangsa telah terjatuh ke dalam longkang,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘BUKAN SAHAJA GAJI, ELAUN MENTERI JUGA WAJAR DISUMBANGKAN’ – ZAHID
AYER KEROH 11 November - Cadangan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu untuk menyerahkan keseluruhan gajinya sebagai...
MAIM AGIH BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH DI 6 PARLIMEN BERMULA 21 NOVEMBER
PENGKALAN BATU 11 November - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyediakan jadual pengambilan bantuan pakaian sekolah bagi sesi persekolahan 2027...
PRN MELAKA: UNDI HARI INI, WARISAN UNTUK ANAK CUCU ESOK – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 11 November - Pilihan raya bukan sekadar menentukan pembentukan kerajaan, sebaliknya menjadi medan penting untuk mencorakkan hala tuju...
10 INSTITUSI TAHFIZ TERBAIK BAKAL TERIMA INSENTIF RM50,000 – TPM
AYER KEROH 11 November - Sebanyak 10 institusi tahfiz terbaik yang memenuhi kriteria ditetapkan bakal menerima insentif RM50,000 setiap satu...
PRN MELAKA : ROSLI MAHU JETI NELAYAN KUALA LINGGI LEBIH SELAMAT
KUALA LINGGI 11 November – Keadaan jeti nelayan yang semakin uzur di sepanjang Sungai Linggi memerlukan perhatian bagi memastikan keselamatan...
PRN MELAKA: BERI PELUANG, HAMEED TERUS BERKHIDMAT
AYER LIMAU 11 November - Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, diminta memberi peluang kepada penyandang kerusi itu, Datuk...

