
Pemuda UMNO lancar tabung bantu jemaah terkandas
MERLIMAU 3 April – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melancarkan tabung bagi membantu melunaskan bil perubatan seorang jemaah Umrah kini sedang dirawat di Hospital Al Shefa Syarif Mansour, Mekah, Arab Saudi, sejak 13 Mac lalu.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, jemaah tersebut Kamis Ahmad, 67, dirawat di hospital berkenaan selepas mengalami sesak nafas.
“Kami mengharapkan bantuan daripada orang ramai berikutan jumlah bil perubatan jemaah berkenaan difahamkan mencecah RM150,000. Jumlah itu pasti terus meningkat jika Kamis terus dibiarkan di sana.
“Selain itu kami juga akan memohon bantuan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam usaha membawa jemaah terbabit pulang ke Malaysia,” katanya pada sidang media di Japerun Merlimau, di sini, hari ini.
Hadir sama isteri pada sidang media itu isteri jemaah berkenaan, Jaliah Yusof, 62.
Terdahulu, media melaporkan Kamis yang mengalami sesak nafas sehari sebelum berangkat pulang ke tanah air masih ditahan di Hospital Al Shefa Syarif Mansour susulan belum melunaskan bil rawatan sepenuhnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
