
Pengakuan sumpah laknat wanita libat bekas ADUN tidak ganggu siasatan
JOHOR BAHRU, 13 Feb – Tindakan seorang wanita yang membuat pengakuan sumpah laknat melibatkan dakwaan kes cabul oleh seorang bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor, tidak menganggu siasatan pihak polis.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat turut menjelaskan bahawa, siasatan kes berkenaan juga masih diteruskan.
“Tidak ada (ganggu siasatan)…itu adalah (dakwaan) peribadi dia. (Kes ini) kita akan terus siasat secara adil dan saksama,” katanya selepas Operasi Samseng Jalanan, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang wanita yang melakukan pengakuan sumpah laknat berhubung kes cabul melibatkan bekas ADUN berkenaan semalam.
Kamarul Zaman baru-baru ini berkata kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan bekas ADUN berkenaan terhadap seorang wanita, yang juga ahli sebuah parti politik telah dilengkapkan.
Beliau berkata kertas siasatan itu juga telah diserahkan kepada Bahagian Perundangan Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.
Kamarul Zaman turut menjelaskan bahawa seramai 11 individu telah memberikan keterangan membabitkan kes itu, termasuk bekas ADUN dan wanita tersebut.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
IKHTIAR TOK RAUF IKHLAS, MAHU LIHAT RAKYAT TERUS BANGKIT
TABOH NANING 6 September - Ikhtiar Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membantu rakyat dalam kesukaran bukan sekadar...
MELAKA BINA MASA DEPAN, BERMULA DENGAN ANAK MUDA
AYER KEROH 6 September - Kekuatan hampir 300,000 anak muda di Melaka menjadi aset penting yang bakal menentukan wajah negeri...
MELAKA MAHU SEDIA RUANG SIHAT, POSITIF DAN TERKAWAL UNTUK KOMUNITI PERMOTORAN
AYER KEROH 6 September - Kerajaan Negeri memilih pendekatan mendekati komuniti permotoran dengan menyediakan ruang yang sihat, positif dan terkawal...
BERUNDING ELOK-ELOK, PILIH ‘PARTNER’ YANG IKHLAS DAN JUJUR – AHMAD ZAHID
AYER KEROH 6 September - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi mandat kepada Ketua...
HAMPIR 100,000 GAMATKAN KARNIVAL ANAK MUDA MELAKA 2026
AYER KEROH 6 September - Hampir 100,000 pengunjung memeriahkan Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 sepanjang tiga hari penganjurannya, kata...
AYER LIMAU TERIMA LIMA MENARA TELEKOMUNIKASI SEJAK 2022
AYER LIMAU 6 September - Usaha memperluas capaian telekomunikasi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau terus diperkasa sejak 2022...

