Pengamal kesihatan iktiraf peranan Paramedik komuniti Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 5 Julai – Inisiatif Paramedik Komuniti turut membantu meringakan bebanan kerja petugas kesihatan di klinik dan hospital sekitar Negeri Melaka.

Penolong Pegawai Perubatan Hospital Melaka, Nazlifah Ab Rahim berkata, rawatan awal diberikan sukarelawan Paramedik Komuniti juga bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa individu ditimpa kemalangan atau dalam kecemasan, sebaliknya membantu memudahkan lagi petugas perubatan untuk mengambil tindakan susulan selanjutnya.

“Saya berkhidmat hampir empat tahun dan kerap menguruskan kejadian kecemasan, peranan yang dimainkan oleh sukarelawan Paramedik Komuniti amat membantu dalam meringankan beban kami.

“Sukarelawan Paramedik Komuniti boleh boleh bantu beri rawatan awal sekurang-kurangnya beri bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dahulu sebelum kami tiba.

“Inisiatif ini sangat bagus seperti cadangan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mana sukarelawan perlu diberikah kursus atau latihan tentang perkara asas rawatan awal selamatkan pesakit,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu, Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bukit Rambai, Muhammad Syazwan Abdul Wahab menyifatkan inisiatif dilaksanakan sebagai satu langkah amat proaktif daripada Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat.

“Hanya di Melaka sahaja ada inisiatif ini belum dilaksanakan di negeri lain di Malaysia, peranan sukarelawan penting untuk membantu penduduk kampung mendapatkan bantuan awal kecemasan.

“Kadang-kadang tunggu ambulans sampai di tempat kejadian agak lambat, jadi sukarelawan memainkan peranan besar. Selepas ini diharapkan lebih ramai belia terlibat menjadi sukarelawan, mereka lebih bertenaga dan efektif untuk bertindak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

117
Kongsi :
Previous post Polis buru suspek kes pecah cermin kereta
Next post Polis tumpaskan sindiket rekrut ‘programmer’ judi dalam talian
Ubah saiz-+=