
Polis buru suspek kes pecah cermin kereta
KUALA LUMPUR 5 Julai – Polis sedang mengesan suspek yang memecahkan enam cermin kereta yang diparkir di tepi jalan kawasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Awan Besar, Bukit Jalil di sini.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Ravindar Singh Sarban Singh berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan Selasa lepas dan siasatan mendapati kesemua kenderaan terbabit diparkir oleh pemilik masing-masing bermula kira-kira 3 petang pada Isnin.
“Beberapa bahagian cermin kereta terbabit dipecahkan oleh suspek yang masih bebas sebelum disedari oleh pemilik kenderaan pada keesokan harinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ravindar Singh berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian berkenaan.
Hari ini tular di media sosial video berdurasi 47 saat memaparkan cermin beberapa kereta di tepi jalan kawasan LRT Awan Besar, Bukit Jalil, dipecahkan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BOM LAMA DITEMUI DI KEBUN SAWIT FELDA BUKIT SENGGEH
ASAHAN 14 Julai – Sebutir bom lama jenis Unexploded Ordnance (UXO) seberat 500 paun (226.7 kilogram) ditemui di kebun kelapa...
POLIS RAMPAS DADAH RM3.55 JUTA, TAHAN TIGA INDIVIDU TERMASUK DUA WANITA VIETNAM
JOHOR BAHRU 14 Julai - Polis menahan seorang lelaki tempatan dan dua wanita Vietnam serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai...
MELAKA SAMBUT BAIK PENYELARASAN DASAR, PEMBANGUNAN NEGERI
AYER KEROH 14 Julai - Kerajaan Negeri menyambut baik usaha penyelarasan dasar dan pembangunan di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri....
LARIAN SANTAI ZOO MELAKA TAWAR PENGALAMAN UNIK KEPADA PESERTA
AYER KEROH 14 Julai - Program Larian Santai bersempena Sambutan Hari Harimau Sedunia di Zoo Melaka dianjurkan Majlis Perbandaran Hang...
SESI PENERANGAN BERTUMPU LANCARKAN PROSES MENDIGITALKAN DUN DUYONG
DUYONG 14 Julai - Pendekatan secara bertumpu atau 'mikro' digunakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy...
26,711 PREMIS SUDAH TERIMA PELEKAT KAMPUNG DIGITAL
DUYONG 14 Julai – Inisiatif Kampung Digital yang dilaksanakan setakat ini sudah melibatkan sebanyak 26,711 premis di 187 kampung seluruh...