
Penganggur mengaku bersalah rompak wanita guna parang
Tertuduh, Mohd Fauzan Mat Ali, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan rompakan dengan bersenjatakan sebilah parang sehingga mendatangkan kerugian sebanyak RM1,000 terhadap seorang wanita berusia 48 tahun, di sebuah kedai runcit di Kampung Belukar Jalan Hospital, Panji, di sini, pada 11.30 malam 15 Mac lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri tidak mencadangkan jaminan kepada tertuduh kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri kerana dipercayai ibu bapa tertuduh merupakan warga Thailand dan mahkamah menetapkan 18 April sebagai tarikh fakta kes serta jatuh hukuman.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
UNIKNYA ZAPIN ASAHAN SEJAHTERA
ASAHAN 4 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan membawa kelainan tersendiri apabila memperkenalkan...
MELAKA TUBUH ‘TASK FORCE’ PASTIKAN BEKALAN AIR MENCUKUPI
AYER LIMAU 4 April - Kerajaan Negeri menubuhkan pasukan khas (task force) bagi menangani isu kemerosotan paras air empangan sekali...
CAPAIAN TELEKOMUNIKASI LEBIH BAIK PACU MODEL ASAHAN KAMPUNG SEJAHTERA
ASAHAN 4 April – Usaha menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan sebagai model Kampung Sejahtera mampu direalisasikan susulan pelbagai usaha...
BEKALAN MAKANAN NEGARA MENCUKUPI, STABIL – MOHAMAD SABU
MELAKA, 4 April - Bekalan makanan negara ketika ini mencukupi dan stabil, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri...
5,000 ‘SERBU’ JAMUAN AIDILFITRI DUN KESIDANG MELAKA SAYANG RAKYAT
KESIDANG 4 April - Lebih 5,000 pengunjung sekitar negeri ini membanjiri Majlis Jamuan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang Melaka...
STESEN MINYAK, MASJID, DEWAN TERBUKA AKHIRI PENANTIAN RAKYAT ASAHAN
ASAHAN 4 April - Penantian rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan untuk menikmati kemudahan stesen minyak bakal berakhir apabila dua...
