Baju raya hadiah bermakna Erina

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER LIMAU 4 April – “Inilah baju raya pertama untuk saya gayakan pada pagi 1 Syawal nanti, alhamdulillah memang terharu sebab dapat bantuan seperti ini. Pakaian ini umpama hadiah besar buat saya dan adik untuk meraikan Aidilfitri nanti,” kata Nur Adni Erina Mohd Zaki, 15.

Dia dan adiknya merupakan antara 120 penerima bantuan pakaian raya hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, baru-baru ini.

Katanya, bantuan diterima juga amat membantu dalam meringankan beban ibu bapanya dalam menyediakan keperluan untuk sambutan Aidilfitri.

“Semua sekali kami ada enam beradik, namun cuma saya dan adik yang layak terima bantuan, tetapi itu sudah cukup melegakan ibu dan ayah, syukur atas nikmat ini.

“Tahun ini kami sambut Aidilfitri secara sederhana saja sebab keadaan ayah yang tidak berapa sihat, jadi ibu terpaksa berhempas pulas mencari rezeki dengan menjual kopi papan. Hasil jualan tidak begitu tinggi kerana ibu cuma terima komisyen RM3 bagi setiap papan kopi.

“Namun kami tetap mensyukuri nikmat yang diberi, terima kasih diucapkan kepada Adun Ayer Limau atas hadiah yang diberikan ini demi meraikan kami untuk menyambut lebaran nanti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu, dalam program Jom Shopping Raya! DUN Ayer Limau 2024 seramai 120 asnaf dan golongan kurang kemampuan daripada 17 kampung.

Setiap penerima sumbangan diberi peluang memilih sendiri baju raya dengan jumlah RM150 seorang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

82
Kongsi :
Previous post Kupang di Port Dickson disahkan beracun, dicemari biotoksin
Next post Penganggur mengaku bersalah rompak wanita guna parang
Ubah saiz-+=