Koperasi Politeknik Merlimau jana pendapatan lebih RM1.36 juta

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

MERLIMAU 5 April – Koperasi Politeknik Merlimau Melaka Berhad (KPMMB) menjana pendapatan lebih RM1.36 juta dengan peningkatan luar jangka sebanyak 80.54 peratus bagi tahun 2023.

Pengerusi KPMMB, Mohamad Rasyidi Yusof berkata perkara itu diumumkan ketika Mesyuarat Agung KPMMB bagi tempoh kewangan yang berakhir 30 September 2023.

Katanya, untuk tempoh terbabit, KPMMB telah menjana pendapatan tertinggi sebanyak RM1,363,838.43 menerusi hasil jualan coop cafe; coop mart dan coop printing centre, menjadikan jumlah keuntungan bersih dicatat sebanyak RM272,418.03.

“Menerusi kejayaan ini, pihak KPMMB juga tidak melupakan tanggungjawab iaitu memberi perkhidmatan terbaik kepada warga PMM dengan menyampaikan sumbangan bagi menyokong aktiviti PMM sebanyak RM10,000.

“Sementara itu Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) PMM menerima sumbangan sebanyak RM5,000. Sejumlah RM20,000 bagi menunaikan zakat perniagaan seterusnya RM4724.84 kepada zakat Negeri Melaka dan KPMMB turut merancang untuk menyampaikan sumbangan kepada pihak lain pada masa hadapan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohamad Rasyidi turut menyifatkan kejayaan itu adalah hasil kecekapan warga koperasi yang mentadbir urus KPMMB.

“Sokongan pihak tertinggi, pelajar dan kakitangan juga antara faktor membantu koperasi hingga dapat bertahan serta merekodkan jualan tertinggi hingga jutaan ringgit,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

190
Kongsi :
Previous post Penganggur mengaku bersalah rompak wanita guna parang
Next post River Cruise bakal lonjak nama Sungai Rambai
Ubah saiz-+=