Penilaian tiga pulau di Melaka untuk diwartakan di fasa akhir

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

TELOK MAS 27 Feb – Kerajaan negeri menerusi agensi berkaitan dalam peringkat terakhir memperincikan penilaian sebelum kertas kerja pewartaan tiga pulau iaitu Pulau Undan, Pulau Nangka dan Pulau Dodol dikemukakan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN).

EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, agensi berkaitan termasuk Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan Jabatan Perikanan Negeri masih menjalankan perbincangan serta perbincangan untuk memulihara aset di dasar laut di ketiga-tiga pulau berkenaan.

Katanya, pada peringkat awal kerajaan negeri akan menyediakan pusat menyelam di Pulau Undan bagi menggalakkan penyelam menjadikan tiga pulau berkenaan sebagai destinasi utama aktiviti itu.

“Perkara ini masih dibincangkan di peringkat agensi berkaitan sebelum mendapat pengesahan dalam MMKN dalam masa terdekat, selepas itu ia akan diangkat pada kelulusan Kerajaan Pusat.

“Kerajaan Persekutuan amat mengalu-alukan perkembangan terkini dan masih menunggu penilaian daripada agnesi terlibat dan mereka menerima cadangan itu dengan baik sekali,” katanya selepas menghadiri Program Eksplorasi Pulau Undan, Pulau Nangka dan Pulau Dodol di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Melaka, Mohd Fauzi Salehon dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka (MPPM) Azhar Yaacob.

PULAU Undan.

Abdul Razak berkata, buat masa ini kedatangan pelancong ke ketiga-tiga pulau berkenaan masih rendah dan agensi berkaitan menggiatkan usaha untuk menjadikan kawasan pelancongan itu destinasi popular di negeri ini.

“Dalam usaha untuk mencapai objektif pewartaan taman laut, semestinya agensi berkaitan seperti JLM dan Jabatan Perikanan Negeri sedang melaksanakan usaha untuk memulihara dan menjaga aset di dasar lautan.

“Kita mengalu-alukan kedatangan pelancongan dan tiada had jumlah pengunjung ditetapkan buat masa ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1171
Kongsi :
Previous post Melaka menghutankan semula 11 lokasi pencerobohan tanah empangan
Next post Mora kekal selepas JDT julang Piala Sumbangsih
Ubah saiz-+=