
Penjawat awam dilarang terima pingat, darjah kebesaran tidak diiktiraf – KM
SERI NEGERI 11 April – Kerajaan negeri melarang mana-mana penjawat awam di negeri ini menerima pingat atau darjah kebesaran daripada pihak yang tidak diiktiraf.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kerajaan negeri sendiri akan memberikan pingat dan darjah kebesaran itu kepada penjawat awam setiap tahun.
“Kita ada pingat dan darjah kebesaran pada setiap tahun, ini adalah darjah atau pingat yang diluluskan oleh kerajaan negeri.
“Pihak-pihak yang tidak diiktiraf ini banyak, kadang mana-mana negeri selain daripada Negeri Melaka ini pun ada, kita dah tahu dah cuma tak perlu saya sebutkan di mana.
“Kita tak mahu ia berlaku, biarlah pingat atau darjah diterima adalah yang diiktiraf pihak kerajaan negeri atau mana-mana kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Bulan April 2022 di Auditorium Seri Negeri di sini, hari ini.
Ujarnya, bagaimanapun setakat ini di Melaka belum merekodkan kes penjawat awam menerima pingat atau darjah kebesaran yang tidak diiktiraf kerajaan negeri.
“Setakat ini belum ada kes lagi, cuma kita mengingatkan sebelum kes ini berlaku kepada penjawat awam, kita ada yang diluluskan kenapa nak ambil yang tidak diluluskan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PEMANDU TRELER TERLIBAT KEMALANGAN MAUT DIREMAN EMPAT HARI
JOHOR BAHRU 3 April - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban berdekatan persimpangan...
TIADA KES STROK HABA DI MELAKA SETAKAT INI – EXCO
MELAKA 3 April - Tiada kes strok haba direkodkan di Melaka setakat ini meskipun cuaca panas yang melanda ketika ini,...
‘DUA BERITA GEMBIRA SERENTAK’
SUNGAI UDANG 3 April - Dilema akibat bau busuk lebih dua dekad membelenggu penduduk taman perumahan sekitar Pusat Pelupusan Sampah...
KES DENGGI DI MELAKA TURUN 63 PERATUS
TELOK MAS 3 April – Kes demam denggi dilaporkan di Melaka setakat 2 April lalu menunjukkan penurunan ketara dengan mencatatkan...
PEMBANGUNAN LOJI WTE BERPOTENSI LONJAK NILAI HARTANAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 3 April - Nilai hartanah di Sungai Udang berpotensi akan melonjak dengan wujudnya Loji Waste-to-Energy (WtE) Sungai Udang...
‘WELLNESS HUB’ PROMOSI GAYA HIDUP SIHAT KEPADA RAKYAT MELAKA
TELOK MAS 3 April – Kewujudan Wellness Hub Melaka Tengah mampu meningkatkan lagi tahap kesedaran dalam kalangan penduduk negeri ini...
