Perbadanan M-WEZ mula beroperasi 15 April 2022

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SERI NEGERI 11 April – Perbadanan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ) secara rasminya mula beroperasi pada 15 April ini.

Ketua Menteri , Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata penubuhan perbadanan itu telah diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 22 Sept lalu melalui Enakmen Perbadanan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka 2021.

Katanya, agensi itu bertindak sebagai sebuah badan khas yang mengawal dan menyelaras segala bentuk pembangunan serta mempromosi kawasan M-WEZ.

“Segala permohonan mahupun pembangunan akan dikawal selia oleh pihak berkuasanya iaitu M-WEZ Corporation (Perbadanan M-WEZ) supaya ia boleh mempercepatkan dan meningkatkan segala pembangunan yang dirancang seperti terkandung dalam Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bagi bulan April 2022 dan Pelancaran Blueprint M-WEZ di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dan Ketua Pegawai Eksekutif M-WEZ, Mohd Yusof Abu Bakar.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, setakat ini M-WEZ mempunyai 15 kakitangan dan akan menjalankan operasi di Blok Laksamana, Seri Negeri.

“Dengan penubuhan agensi itu, pelbagai perancangan strategik dan usaha promosi M-WEZ sedang giat dirancang untuk dijayakan secara bersama dengan semua pemegang taruh.

“Saya mengharapkan kepada semua pihak yang terlibat dapat memainkan peranan penting dalam menjayakan M-WEZ Malaysia yang sekali gus menjadi ‘economy enabler’ bagi negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1307
Kongsi :
Previous post Melaka perlu kekal tempat pertama negeri bersih
Next post Penjawat awam dilarang terima pingat, darjah kebesaran tidak diiktiraf – KM
Ubah saiz-+=