
Penjawat awam Melaka rai Thaipusam dibenar cuti tanpa rekod
SERI NEGERI 24 Januari – Semua penjawat awam beragama Hindu di Negeri Melaka yang menyambut perayaan Thaipusam esok dibenarkan mengambil cuti tanpa rekod.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ketetapan itu diluluskan menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu.
“Semua penjawat awam kaum India dibenarkan meraikan perayaan Thaipusam bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.
“Kesemua mereka ini boleh menghantar permohonan kepada ketua jabatan masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Bijasura Kompleks Seri Negeri di sini, hari ini.
Hadir sama, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Abd Rashid Ab Rahman serta Pengarah Badan Kawal Selia Air (BKSA), Azizul Adzran Mahmor.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
COKLAT TEMPATAN SETANDING ANTARABANGSA
BANDA HILIR 17 Oktober - Produk coklat tempatan terus mengukuhkan kedudukan dalam pasaran antarabangsa apabila inovasi berasaskan koko tempatan berupaya...
KAMPUNG PULAU JADI RUJUKAN KAMPUNG DIGITAL, KUBUR DIGITAL NEGARA
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Kampung Pulau kini menjadi rujukan di peringkat negeri dan negara selepas menjadi perintis pelaksanaan Kampung...
KAMPUNG PULAU LAHIR 6 WAKIL RAKYAT, TOKOH-TOKOH HEBAT
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Kampung Pulau mempunyai sejarah panjang dalam melahirkan tokoh kepimpinan yang menyumbang kepada pembangunan negeri dan...
DARI ALOR GAJAH, LAHIRNYA LEGASI SOS KUIH UDANG
ALOR GAJAH 17 Oktober - Bermula daripada permintaan pelanggan yang mahukan sos tambahan ketika menikmati kuih udang, resipi warisan arwah...
TOK MAN IKRAR BANTU ‘BIRUKAN’ PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 17 Oktober - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan berikrar mengetepikan perbezaan...
MeSRa: MELAKA PERKASA SYIAR ISLAM DI SEGENAP DIMENSI
AYER KEROH 17 Oktober - Agihan zakat berjumlah RM159.9 juta, bantuan fidyah kepada asnaf, peluasan pensijilan halal serta pembinaan lima...
