Sorting by

×

Pentingnya komunikasi dalam selesaikan masalah penduduk

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

DUYONG 8 Jun: “Komunikasi sangat penting, ada masalah bincang dan ada isu selesaikan satu persatu jangan buat keras membatu,” itu kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Mohd Noor Helmy Abd Halem.

Menurut beliau, dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara, masyarakat perlu diberi penerangan sewajarnya serta faham dengan segala prosedur yang perlu dilakukan sebelum sesuatu tindakan diambil.

Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran Mat itu berkata, fokusnya kini adalah memastikan projek Tebatan Banjir Duyong dapat dilaksanakan segera bagi kesejateraan dan juga keselesaan raykat.

“Dalam hal ini saya minta kontraktor, perunding dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) agar timbang tara antara peraturan dan budi bicara sebaik mungkin. Jangan hendak berkeras ikut buku sentiasa selain perlu ada tolak ansur sekiranya boleh.

“Beri penduduk penjelasan yang terang, fahamkan penduduk dengan prosedur serta skop kerja yang terlibat dan paling penting jangan sesekali mengakalkan penduduk Duyong,” katanya.

Noor Helmy menjelaskan, dirinya bukan seorang yang garang malah cuma bersikap tegas dalam mencari penyelesaian dan membantu penduduk selain turut mengingatkan penduduk Duyong sekiranya ada pihak yang mengaku dari JAPERUN Duyong dan meminta duit supaya tidak terpedaya.

“Kalau ada permintaan bukan-bukan jangan dilayan dan ada yang mengaku dari JAPERUN Duyong datang mengampu atau minta wang saku katanya sahaja menipu. Lepas itu hantarkan wajahnya ke Mat muka si penipu itu,” katanya.

Terdahulu, Noor Helmy mengadakan perjumpaan awal bersama JPS dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sebelum sesi Town Hall Rancangan Tebatan Banjir Duyong.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

846
Kongsi :
Previous post Jemaah muda teruja ke tanah suci
Next post Kenduri kesyukuran bersama pemimpin masyarakat
Ubah saiz-+=