
PENYERAHAN DOMAIN@MELAKA TUNGGU SELESAI PROSES DIGITALISASI
ASAHAN 18 Julai – Penyerahan inisiatif ‘[email protected]’ kepada penduduk akan dilaksanakan selepas proses pendigitalan Kampung Digital di seluruh negeri selesai sepenuhnya.
Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, buat masa ini Kerajaan Negeri sedang melengkapkan profil digital penduduk termasuk menampal pelekat Kampung Digital dan mengemaskini alamat kad pengenalan (MyKad).
“Kita kena selesaikan dulu keseluruhan pendigitalan rumah-rumah Kampung Digital ini. Setelah selesai dan lengkap profil penduduk, barulah [email protected] akan diserahkan kepada mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menyempurnakan Majlis Bantuan Persekolahan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan Japerun Asahan Tahun 2025 di Auditorium Iltizam Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar, di sini, semalam.
Fairul Nizam berkata antara langkah terbaharu adalah memperluaskan kempen ke sekolah-sekolah bagi menggalakkan pelajar menukar alamat MyKad, terutamanya bagi mereka yang menetap di kawasan Kampung Digital.
“Ini penting kerana semua data ini akan digunakan bagi penetapan identiti digital rakyat Melaka melalui [email protected],” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘DAK RAOP’ TAK LUPA KAWAN LAMA
TANJUNG BIDARA 22 Mac - Riak wajah ceria jelas terpancar pada wajah Ab khalim Baba, 60, sebaik melihat kelibat Ketua...
PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 21 Mac - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput tahun ini akan diadakan secara sederhana...
SWM ENVIRONMENT UKIR SENYUMAN LEBARAN
TELOK MAS 21 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuh menzahirkan rasa cakna terhadap insan kurang bernasib...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KHIDMAT SEKS DALAM TALIAN
MELAKA 21 Mac - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 15 individu termasuk warga China, di Kampung Lapan,...
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNGÂ BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
