
Perhilitan Johor rampas 1,070 burung murai
JOHOR BAHRU 25 April – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor merampas sebanyak 1,070 ekor burung murai yang dipercayai mahu diseludup ke negara jiran dalam operasi di sebuah rumah di Taman Wawasan, Kelapa Sawit, Kulai di sini, Jumaat lepas.
Pengarahnya, Salman Saaban berkata operasi dijalankan melibatkan seramai tujuh pegawai dan anggota pada 7.30 malam.
“Hasil pemeriksaan di premis dan kenderaan yang berada di situ menemukan 70 ekor burung murai batu dan 1,000 ekor burung murai kampung yang dianggarkan bernilai RM66,000.
“Selain itu, beberapa barangan termasuklah kenderaan jenis Toyota Estima yang digunakan, satu unit telefon bimbit dan 74 bakul plastik dirampas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Salman berkata berikutan penemuan itu, seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun telah diperiksa dan diambil keterangan untuk siasatan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
“Berdasarkan siasatan awal, lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk menyimpan hidupan liar tersebut. Dia juga disyaki cuba menyeludup hidupan liar tersebut ke negara jiran.
“Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat dan barangan kes telah dibawa ke pejabat Perhilitan Bandar Penawar untuk tindakan lanjut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
