Sorting by

×

Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai bakal berubah wajah

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SERKAM 25 Oktober – Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai yang sudah lama terbiar bakal berubah wajah menjadi sebuah pusat pelancongan baharu.

Ia selepas kawasan tarikan milik Perbadanan Melaka (MCorp) yang ditutup Mac lalu selepas 19 tahun beroperasi bakal dijadikan sebuah chalet yang dilengkapi sebuah taman tema mini, selain turut dijadikan jeti ke Taman Laut Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif MCorp, Datuk Mohd Yusof Abu Bakar berkata, penjenamaan semula itu bakal membabitkan dua fasa dengan anggaran kos berjumlah RM37 juta.

Menurutnya, projek naik taraf bagi fasa pertama ialah membabitkan peruntukan berjumlah RM5 juta yang dijangka siap pada Mac tahun depan iaitu bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Fasa pertama ialah membabitkan pembinaan 24 chalet, satu taman tema mini, sebuah restoran makanan laut, enam gerai kraftangan, pentas persembahan dan menara tinjau.

“Kita menjangkakan projek ini bermula awal tahun depan dan akan siap pada Mac 2024 bagi membolehkan kawasan ini menjadi antara kawasan tarikan pelancong sempena TMM2024,” katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut, Mohd Yusof berkata, bagi projek fasa kedua pula, ia bakal membabitkan pembinaan jeti untuk ke Taman Laut Melaka.

Jelas beliau, projek itu dijangka menelan kos berjumlah RM32 juta dan pihaknya akan memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan jeti berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2666
Kongsi :
Previous post Bas rempuh treler: Pemandu maut, 6 penumpang cedera
Next post LTAM: Guna alternatif lain jika syarikat penerbangan komersial ‘senyap’
Ubah saiz-+=