Perkasa aktiviti untuk warga emas Alor Gajah

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

TABOH NANING 6 September – Penganjuran pelbagai aktiviti dijalankan di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Alor Gajah akan terus diperkasa demi menggalakkan golongan berkenaan memperkasa pendapatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin berkata, pelbagai aktiviti direncana akan diadakan di PAWE yang terletak di Kompleks Japerunnya bagi memastikan kegiatan membabitkan golongan warga emas akan terus diperkasa.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti termasuk kelas kraftangan dan pelbagai lagi akan didedahkan kepada warga emas akan membawa manfaat mereka meluangkan masa lapang dalam menjana pendapatan sampingan.

“Setiap sebulan sekali kita akan menganjurkan pelbagai kelas buat mereka bagi memastikan mereka mampu dihimpunkan di bawah satu bumbung dan didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang mampu menjana pendapatan mereka.

“Ia juga sekali gus memberi peluang kepada kita untuk melahirkan fungsi warga emas dalam masyarakat dengan bertukar pendapat dan pandangan dari golongan berpengalaman seperti mereka.

“Selain aktiviti kelas diadakan kita juga melaksanakan program ceramah seminggu sekali kepada mereka dengan bimbingan dari pelbagai pakar dan penceramah agama untuk memberi dorongan kepada mereka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tambah beliau, pihaknya kekal mempertahankan fungsi PAWE dalam Parlimen Alor Gajah berikutan ia memberi manfaat kepada golongan itu malah menyeru kepada semua warga emas yang berkesempatan untuk menghadirkan diri ke pusat itu untuk mengikuti program yang disediakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1895
Kongsi :
Previous post Elak salah faham, komunikator utama K-KOMM lebih proaktif
Next post APM siap siaga hadapi kemungkinan banjir luar jangka
Ubah saiz-+=