Sorting by

×

Elak salah faham, komunikator utama K-KOMM lebih proaktif

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

AYER KEROH 6 September – Komunikator utama atau ‘key communicator’ dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) perlu lebih proaktif dalam menyampaikan sesuatu isu bagi mengelak daripada berlakunya salah faham

Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, Jabatan Penerangan Malaysia, Suwadi Guliling berkata, komunikator adalah memudahkan pihaknya berdepan dengan masyarakat sasaran dan sekaligus daripada berlakunya salah faham penyampaian maklumat.

Beliau berkata, pada masa kini terlalu banyak maklumat yang boleh diakses melalui pelbagai platform khususnya media sosial yang boleh diakses oleh semua golongan masyarakat dan itu membbuatkan mereka cepat terkeliru.

“Cabaran sebenar adalah kita mempunyai maklumat yang pelbagai dan ianya boleh diakses oleh semua golongan masyarakat melalui media sosial dan adalah menjadi cabaran apabila kita hendak menjelaskan keadaan sebenar .

“Ini kerana masyarakat ini menerima pelbagai maklumat dan maklumat itu pula ada yang tidak betul ataupun diputar-belit ke arah yang bertujuan untuk kepentingan pihak lain dan ini menjadi cabaran kepada K-KKOM untuk memberi penerangan yang sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Taklimat Isu Semasa Peringkat Zon Selatan ‘Inflasi dan Cabaran-cabaran Bagi Malaysia’ yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Sektoral Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Datuk Yatimah Sarjiman.

Sementara itu, Yatimah berkata, masih ramai rakyat yang tidak faham khususnya mengenai isu inflasi yang berlaku secara global pada ketika ini dan penerangan secara berterusan perlu dilakukan.

“Ramai tidak faham bahawa inflasi ini berlaku bukan sahaja di Malaysia sahaja sebaliknya secara global antaranya disebabkan konflik antara Rusia dan Ukraine selain negara juga sedang pulih dari kesan COVID-19 yang melanda.

“Amat penting penerangan mengenai situasi sebenar inflasi dibuat termasuk bantuan yang diberikan oleh kerajaan contohnya usaha dilakukan pasukan jihad dan ada cadangan untuk mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai agensi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1490
Kongsi :
Previous post Polis rampas rokok seludup RM7.7 juta
Next post Perkasa aktiviti untuk warga emas Alor Gajah
Ubah saiz-+=