Perkhidmatan ambulans percuma di semua 28 DUN Melaka – KM

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

REMBIA 14 November – Perkhidmatan ambulans percuma di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN), bukti Kerajaan Negeri sentiasa berusaha meningkatkan aspek kebajikan serta kesihatan rakyat khusus golongan kurang berkemampuan B40.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, perkara itu adalah antara 142 inisiatif merangkumi tiga fokus utama iaitu kesejahteraan rakyat, kemampanan ekonomi dan kecekapan urus tadbir yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2022 yang lalu.

Sulaiman berkata hasil kerjasama jabatan dan agensi, semua inisiatif yang diumumkan berjaya dilaksanakan dengan sebaiknya.

“Saya amat bersyukur kerana hari ini dua lagi inisiatif berjaya dilaksanakan, iaitu penyediaan perkhidmatan ambulans dan penyerahan bot misi menyelamat.

“Menerusi inisiatif ‘Care Rakyat’ pesakit yang perlu ke hospital bagi rawatan berkala, temu janji atau discaj daripada fasiliti kesihatan kerajaan dalam Negeri Melaka layak menggunakan perkhidmatan ini.

“Mereka hanya perlu menghubungi pihak Japerun masing-masing, perkhidmatan ini adalah percuma,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Kerajaan Negeri Melaka Perkhidmatan Ambulans dan Penyerahan Bot Misi Menyelamat di Dataran Keris, Alor Gajah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman; Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Dr Muhamad Akmal Saleh; Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Noordin serta Pegawai Kewangan Negeri Datuk Salhah Salleh.

photo1668399250
SULAIMAN dan kenamaan melihat bot penyelamat yang disediakan Kerajaan Negeri bagi membantu misi penyelamatan banjir. Foto Iqmal Haqim Rosman

Menurut Sulaiman, Kerajaan Negeri membelanjakan RM200,000 untuk membeli bot bagi tujuan menyelamat, manakala perkhidmatan ambulans pula membabitkan perbelanjaan RM2 juta.

“Selain aset milik agensi penyelamat yang lain, diharapkan bot mampung menampung 10 penumpang ini akan melancarkan lagi usaha menyelamatkan mangsa terkesan banjir,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4701
Kongsi :
Previous post Seorang maut, kereta dinaiki tujuh keluarga langgar belakang treler
Next post Majoriti Rancangan Tebatan Banjir di Melaka mula dilaksana – KM
Ubah saiz-+=