
Permintaan sanitasi bagi masjid, surau di Melaka meningkat sepanjang Ramadan – JBPM
MELAKA 28 Mei – Permintaan bagi kerja-kerja sanitasi awam di surau dan masjid sepanjang Ramadan lalu menyaksikan peningkatan, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.
Pengarahnya Abu Obaidat Mohamad berkata, masjid dan surau perlu disanitasi dengan lebih kerap selepas solat tarawih berjemaah dibenarkan di Melaka mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Kita mendapat permintaan yang banyak bagi kerja-kerja sanitasi berbanding hari biasa dan pihak bomba berusaha menjalankan sekurang-kurangnya 13 kerja sanitasi di masjid dan surau sehari sepanjang Ramadan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata sebanyak 3,567 sanitasi awam dilakukan sejak Mac 2020 hingga semalam termasuk 1,144 di rumah ibadat dengan kebanyakannya membabitkan masjid dan surau.
Katanya sepanjang tempoh itu, JBPM Melaka turut melakukan sanitasi ke atas 976 kompleks atau bangunan kerajaan dan jumlah itu dijangka bertambah berikutan kadar jangkitan COVID-19 melibatkan tempat kerja semakin meningkat.
Selain itu, Abu Obaidat berkata 662 sanitasi dilakukan di sekolah atau institusi pengajian serta kawasan perniagaan merangkumi rumah kedai, medan selera dan pasar awam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TAHUN BAHARU CINA LEBIH MERIAH BUAT 140 PENERIMA DI TANGGA BATU
PAYA RUMPUT 11 Februari - Senyuman kegembiraan jelas terukir pada wajah 140 penerima sumbangan dalam kalangan masyarakat Tionghua yang bakal...
400,000 KENDERAAN DIJANGKA MASUK MELAKA SEMPENA TAHUN BAHARU CINA
AYER KEROH 10 Februari - Kerajaan Negeri Melaka mengarahkan kerja-kerja pengorekan dan penyelenggaraan jalan dihenti sementara sempena sambutan Tahun Baharu...
SEORANG MAUT, EMPAT CEDERA DALAM NAHAS DI LAMPU ISYARAT PADANG JAMBU
BUKIT KATIL 10 Februari – Seorang penunggang motosikal maut manakala empat lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang dipercayai memasuki...
16 BARANGAN KAWALAN SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2026
KESIDANG 10 Februari – Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2026 akan berkuat kuasa bermula 13 hingga...
TAMAN PERMAINAN TAMAN 1 KRUBONG KINI LEBIH MESRA OKU
PAYA RUMPUT 10 Februari – Taman Permainan Kanak-Kanak Taman 1 Krubong kini dilengkapi kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) susulan...
‘SUMBANGAN INI AMAT BERMAKNA UNTUK SAYA’
REMBIA 10 Februari - Sumbangan sempena Tahun Baharu Cina sebagai tanda ingatan daripada Kerajaan Negeri dianggap amat bermakna buat Fong...

