Pertandingan memancing, video TikTok jadi tarikan Hari Belia daerah Alor Gajah

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

LENDU 20 Julai – Pertandingan video TikTok terbuka kepada orang ramai menjadi antara tarikan pada sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Alor Gajah (HBNAG) yang diadakan Ahad ini (24 Julai).

Pegawai Perhubungan Kebajikan dan Operasi Ketua Menteri, Mohd Jamian Maharam berkata, HBNAG yang akan diadakan di Kompleks Sukan Masjid Tanah menawarkan lebih 10 aktiviti dan pertandingan ditawarkan buat orang ramai bagi memeriahkan acara berkenaan.

Katanya, orang ramai dijemput bagi memeriahkan acara berkenaan yang turut menganjurkan beberapa acara pertandingan utama antaranya Pertandingan Memancing HBNAG, kejohanan badminton, street soccer, aerobikthon, pertandingan kawad kaki dan pelbagai lagi.

“Pertandingan video TikTok sempena sambutan itu menawarkan hadiah wang tunai kepada tiga pemenang utama di mana bagi Juara akan membawa wang tunai RM150 diikuti RM100 bagi tempat kedua dan tempat ketiga berjumlah RM50.

PERTANDINGAN memancing menawarkan hadiah RM30,000 bagi juara.

“Dalam pertandingan memancing diadakan di Tasik Durian Daun pemenang utama bakal ditawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 dengan yuran penyertaan RM100.

“Pelbagai acara lain lagi turut diadakan menawarkan hadiah lumayan kepada orang ramai yang menyertainya dalam program diadakan pada Ahad ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Selain pertandingan, pelbagai aktivti menarik lain turut diadakan antaranya gerai jualan belia, pemeriksaan kesihatan serta pelbagai lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2576
Kongsi :
Previous post Fasa kedua kilang Leuze tambah pelaburan RM200 juta
Next post Syarikat Jerman melabur RM14.7 bilion di Melaka – Ab Rauf
Ubah saiz-+=