Pertumbuhan KDNK Melaka meningkat 2.0 peratus

Masa Membaca:1 Minit, 54 Saat

AYER KEROH 15 Jul- Nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Melaka mencatatkan pertumbuhan positif 2.0 peratus bagi tahun 2021 selepas merekodkan nilai tambah berjumlah RM41.8 bilion berbanding RM41.0 bilion pada 2020.

Ketua Perangkaan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, ekonomi Melaka terus dipacu oleh Sektor Pekhidmatan serta Pembuatan dengan sumbangan 86.7 peratus bagi 2021 dan pertumbuhan itu menunjukkan pemulihan berbanding negatif 5.9 peratus kemerosotan pada tahun sebelum.

“Kedudukan Melaka pada 2021 menunjukkan pemulihan daripada negatif 5.9 peratus kemerosotan pada 2020 memulih kepada 2.0 peratus dan keseluruhan di Malaysia pula ekonomi bertumbuh sebanyak 3.1 peratus.

“Walaupun kita dapati pertumbuhan negeri Melaka agak di bawah pertumbuhan Nasional tetapi jelas corak pertumbuhan meningkat.

“Prestasi KDNK per kapita Melaka seiring dengan negeri lain apabila nilai KDNK per kapita adalah sebanyak RM47,799 melebihi paras nasional RM47,324 selain dalam tempoh 2019 sehingga 2021 Melaka sentiasa melebihi paras nasional serta kekal berada di kedudukan keenam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Taklimat Pencapaian KDNK Melaka Dan Statistik Subnasional bersama Ketua Perangkawan Malaysia dan hadir sama Pegawai Kewangan Negeri Datuk Salhah Salleh serta Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Badaruddin Mohd Kassim, di Auditorium Seri Negeri, hari ini.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin

Menurut beliau, Melaka berpotensi besar mencapai tahap kecergasan ekonomi yang lebih baik berbanding 2021 selain KDNK Melaka pada tahun ini dijangka akan bertumbuh dengan lebih pesat ekoran peralihan ke Fasa Endemik.

“Berdasarkan aktiviti pelancongan domestik dan pembukaan semula sempadan, jika ini berterusan sehingga hujung tahun ini kita menjangkakan 2022 akan menghasilkan pemulihan serta corak pertumbuhan yang lebih baik daripada tahun sebelum ini.

“Boleh capai 3.1 peratus pertumbuhan dan ini ditambah dengan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan menambah baik infrastruktur seperti yang mengurangkan kesesakan lalu lintas selain mengamalkan ‘travel friendly’,” katanya.

Sementara itu Uzir berkata, Sektor Pertanian di Melaka turut merekodkan kenaikan melebihi aras Pra-Pandemik 2019 dengan peningkatan 2.8 peratus berbanding penyusutan 0.6 peratus pada 2020.

“Penyumbang utama sektor Pertanian di Melaka adalah subsektor tanaman iaitu sebanyak 57.4 peratus dan pertumbuhannya menyusut didorong dalam aktiviti sayuran serta buah-buahan dan penurunan dalam pengeluaran komoditi kelapa sawit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1445
Kongsi :
Previous post Keputusan penempatan 2,611 guru kontrak perkhidmatan dikeluarkan 3 petang hari ini
Next post Tuntut bayaran gantian cuti rehat
Ubah saiz-+=