
Perubahan cuaca sebabkan burung hijrah ke Tanjung Tuan merosot
TANJUNG TUAN 12 Mac – Perubahan cuaca dikenal pasti antara faktor menyebabkan jumlah burung pemangsa berhijrah ke Tanjung Tuan, merosot pada tahun ini.
EXCO Pelancongan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, sejak lima hari lalu dianggarkan sekitar 8,000 spesies sahaja burung hijrah melintasi perairan Selat Melaka.
Katanya mengikut Malaysia Nature Society (MNS) kebiasaan burung pemangsa seperti ‘Oriental Honey Buzzard’, ‘Gray-Faced Buzzard’ dan ‘Japanese Sparrowhawk’ antara spesies burung berhijrah ke Tanjung Tuan pada setiap tahun.
“Tahun ini ada sedikit masalah disebakan perubahan cuaca yang tidak menentu mengganggu penghijrahan burung pemangsa ini,” katanya.
Belia berkata, demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Memerhati Burung Pemangsa ‘Raptor Watch’ 2022 diadakan di Rumah Api Tanjung Tuan, di sini, hari ini.
Terdahulu, tinjauan Melaka Hari Ini mendapati kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai khusus peminat burung pemangsa.
Antara lokasi pilihan peminat untuk memerhatikan burung adalah di sekeliling bangunan rumah api Tanjung Tuan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUN MACHAP JAYA RAIKAN TIGA TAHUN PENTADBIRAN TOK RAOP
MACHAP JAYA 5 April - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya menggunakan kesempatan berkumpul pada Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang...
WRUR DUN ASAHAN: HARI KETIGA PADAT AKTIVITI, TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN
ASAHAN 5 April - Sambutan positif dan menggalakkan diterima pada hari ketiga penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
WRUR DUN ASAHAN: 125 MURID ISTIMEWA TEROKAI KEPENTINGAN AIR MENERUSI EXPLORACE ANAK SYURGA
ASAHAN 5 April - Seramai 125 anak istimewa sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menyertai program Explorace Anak Syurga: Jejak...
MELAKA NAFI CATU AIR, BEKALAN MASIH STABIL
AYER KEROH 5 April - Kerajaan Negeri menafikan sebarang pelaksanaan catuan air seperti yang tular di media sosial baru-baru ini...
SITI NAJIHA ‘TERANGI’ HIDUP OKU
ASAHAN 5 April - Kehilangan upaya penglihatan sejak usia enam tahun dan bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) bukan penghalang buat...
DUN AYER LIMAU FOKUS RUMAH MAMPU MILIK, BAWAH RM250,000
AYER LIMAU 5 April - Projek rumah mampu milik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menjadi keutamaan dalam...
