
Pesawat Malaysia Airlines dari Hyderabad berpatah balik susulan masalah enjin
KUALA LUMPUR, 20 Jun – Malaysia Airlines Bhd (MAB) mengesahkan bahawa pesawat MH199 dari Hyderabad, India, ke Kuala Lumpur berpatah balik ke Hyderabad berikutan satu daripada enjinnya menghadapi masalah.
Ia berkata pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi pada 3.21 pagi waktu tempatan, dengan semua penumpang dan anak kapal dalam keadaan selamat.
“Penumpang yang terkandas akan dipindahkan ke penerbangan lain bagi meneruskan perjalanan mereka. Pesawat itu kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut,” kata MAB dalam satu kenyataan kepada media India dan menambah bahawa keselamatan adalah keutamaan Malaysia Airlines.
Terdahulu, media India melaporkan bahawa sebuah penerbangan Malaysia Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas di Hyderabad selepas enjin pesawat itu mengalami masalah teknikal.
Pesawat itu dilaporkan membawa 138 penumpang menuju ke Kuala Lumpur.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPHTJ KONGSI AMALAN HIJAU DI PERINGKAT ANTARABANGSA
AYER KEROH 12 Oktober - Usaha mengurus penggunaan tenaga secara cekap di Kompleks Melaka Mall membuka ruang kepada Majlis Perbandaran...
JEREBU: SEMUA SEKOLAH DI MELAKA TUTUP ESOK
AYER KEROH 12 Oktober - Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di...
KESIHATAN MENTAL REMAJA: KENALI TANDA, BERIKAN SOKONGAN AWAL
AYER KEROH 12 Oktober - Kira-kira satu daripada 10 remaja bersekolah berusia 13 hingga 17 tahun melaporkan pernah membuat rancangan...
PEKA B40, MEDIPULIH SERAH KAD RAHMAH BLOOM MEKAR KEPADA 84 ANAK ASNAF
BUKIT KATIL 12 Oktober - Seramai 84 anak-anak penerima bantuan zakat berusia 18 hingga 25 tahun menerima Kad Rahmah Bloom...
STL 2026: MELAKA TITANS BURU SEBANYAK MUNGKIN GELARAN
BANDARAYA MELAKA 12 Oktober – Melaka Titans mempertaruhkan gandingan pemain kebangsaan berpengalaman dan pemain import Thailand, Aekasit Naphom bagi memburu...
PPSPM SASAR 5,000 MURID SERTAI PAKEJ SEKOLAH MELAKA RIVER CRUISE
DUYONG 12 Oktober - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyasarkan sehingga 5,000 murid menyertai Pakej Sekolah Melaka River...
