Pesta konvo maya TUAH VCF ’21 UTeM terima tajaan RM224,000

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

DURIAN TUNGGAL 8 Dis – Pesta konvo TUAH Virtual Convo Fest (VCF’21) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima tajaan sejumlah RM224,000 dari pelbagai agensi dalam bentuk pek makanan serta wang tunai.

Daripada jumlah itu, tajaan pek makanan disumbangkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membabitkan sejumlah RM156,500, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sebanyak RM34,000 dan Yayasan Wakaf Malaysia (RM7,000).

Manakala Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM10,000, Pejabat Mufti Melaka menyumbangkan wang tunai RM1,000 serta pek makanan bernilai RM 1,500.00.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTeM, Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif berkata inisiatif UTeM kali ini adalah menganjurkan Pesta Konvo Maya TUAH UTeM 2021 bermula 8 Dis hingga 12 Dis sempena Majlis Konvokesyen UTeM ke-16.

“TUAH VCF 2021 ini menampilkan keunikan tersendiri kerana ianya dilaksanakan dalam bentuk maya dan boleh diikuti secara langsung menerusi Facebook MyHEP UTeM.

“Ia turut membabitkan kerjasama di peringkat nasional melibatkan agensi besar sepanjang lima hari TUAH VCF UTeM berlangsung.

“Sempena TUAH VCF ini telah berjaya menarik minat pelbagai agensi memberikan sumbangan kepada UTeM dalam bentuk pek makanan, wang tunai dan dalam bentuk tajaan yang semuanya berjumlah RM 224,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DR Sabri

Majlis perasmian bagi TUAH VCF akan disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad secara maya pada 8 Disember jam 8.30 malam.

Sabri berkata pelbagai pengisian telah disusun seperti TUAH National and Culture Awareness, industrial talk, virtual night with deen, alumni talk, wacana belia TUAH, e-sport, volunteer talk dan social Innovation & Pitching Challenge yang diadakan secara dalam talian.

“Sementara itu MaGIC, MDEC, JKKN dan YADIM pula memberi sumbangan dalam bentuk bentuk pengisian program dan hadiah pertandingan dalam TUAH VCF,” katanya.

Pelbagai agensi terlibat seperti Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka (JKKN).

Selain Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Yayasan Wakaf Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Pejabat Mufti Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1515
Kongsi :
Previous post ‘Saya amat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini- Najib
Next post Omicron tersebar ke 50 negara, 19 negeri AS : Ketua CDC
Ubah saiz-+=