
Omicron tersebar ke 50 negara, 19 negeri AS : Ketua CDC
ANKARA, 8 Dis – Varian COVID-19 baharu, Omicron, telah merebak ke 50 negara dan 19 negeri di AS, kata Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Rochelle Walensky pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.
“Ketika kita masih berusaha untuk memahami kesan varian omicron serta cara ia bertindak balas terhadap terapeutik dan vaksin, kami menjangkakan sekurang-kurangnya semua atau sebahagian langkah-langkah yang sama, dapat memberikan sedikit perlindungan terhadap Omicron,” kata Walensky semasa sidang media Rumah Putih.
Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Nasional Anthony Fauci berkata pakar kesihatan akan memperoleh beberapa data mengenai Omicron pada pertengahan minggu depan.
“Kami akan dapat menentukan sama ada antibodi yang dihasilkan oleh semua vaksin semasa tidak berkesan terhadap Omicron,” kata Fauci.
“Selain itu, kajian terhadap haiwan turut dilakukan untuk menilai perlindungan imun serta keberkesanan antiviral.”- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MASUK PERCUMA 31 OGOS: PENGUNJUNG SERBU ZOO MELAKA SEAWAL 6.30 PAGI
AYER KEROH 31 Ogos - Bahang matahari yang semakin terik tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong untuk terus beratur malah...
NENEK BERTONGKAT, ATUK BERKERUSI RODA GAGAH RAI MERDEKA
KLEBANG 31 Ogos - Langkah mungkin perlahan, namun semangat merdeka pasangan warga emas dari Bukit Katil ini tetap membara apabila...
SEMBILAN BAYI MERDEKA LAHIR DI HOSPITAL MELAKA
BANDARAYA MELAKA 31 Ogos - Tangisan bayi Merdeka memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 apabila sembilan bayi dilahirkan di Hospital Melaka...
PENGUNJUNG REBUT PELUANG NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA SEMPENA 31 OGOS
BANDA HILIR 31 Ogos - Seawal jam 8.30 perkarangan Menara Taming Sari dibanjiri orang yang ramai tidak melepaskan peluang merebut...
AKSI ‘PACAK’ PESAWAT TUDM PUKAU ORANG MELAKA
KLEBANG 31 Ogos - Aksi pesawat tempur, pengangkut dan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggegarkan ruang udara Melaka memukau...
ORANG SELANGOR, PAHANG PILIH SAMBUT MERDEKA DI MELAKA
KLEBANG 31 Ogos - Kredibiliti Melaka menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan yang meriah ternyata bukan sahaja menarik rakyat tempatan, malah turut...
