Tebing sungai runtuh, Dira turun padang pantau keselamatan penduduk

Masa Membaca:54 Saat

RIM 8 Dis – Masalah tebing sungai runtuh yang mengundang bahaya kepada penduduk di Kampung Rim di sini mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Menerima aduan penduduk kampung berkenaan, Khaidhirah turun padang bagi meninjau sendiri permasalahan yang dihadapi penduduk kawasan tersebut.

“Susulan dari aduan penduduk Kampung Rim mengenai tebing sungai yang runtuh, saya telah melawat kawasan tersebut bersama Pengurus Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Jasin, Adnan Abdullah; Penolong Jurutera Daerah Kanan Jasin, Saiful Anwar Md Shah; Penolong Jurutera Kawasan, Penghulu Ismanizam Ismail dan Setiausaha Japerun Sabarudin Said.

“Pihak JPS telah mengambil maklum dan akan mengambil tindakan dengan segera bagi menyelesaikan isu ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya semalam.

Dalam pada itu, Khaidirah turut menasihatkan penduduk Kampung Rim agar tidak melalui jalan tersebut buat masa ini bagi memastikan tiada kemalangan jiwa yang menimpa penduduk.

“Buat penduduk Kampung Rim, awasi anak anda dan elakkan untuk menggunakan jalan ini pada waktu dan ketika ini. Saya akan sentiasa memantau masalah ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1100
Kongsi :
Previous post Omicron tersebar ke 50 negara, 19 negeri AS : Ketua CDC
Next post Toh Puan Asmah, Datin Seri Munira hadir bacaan Yasin dan tahlil
Ubah saiz-+=