
‘Petanque shooting’ hadiahkan emas kelapan buat Melaka
AYER KEROH 18 Ogos – ‘Petanque shooting’ lelaki menyumbang satu pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak hari ini.
Aksi cemerlang Khairul Amirul Zamrulhisham menerusi acara ‘Petanque shooting’, sekali gus menyumbang emas kelapan buat Melaka.
Khairul Amirul pada acara terbabit meraih kutipan mata 37 menewaskan atlet dari Selangor yang meraih pingat Perak, Ayzek Hakimi Safingan yang mendapat 28 mata.
Bagi kedudukan pingat setakat jam 1.38 petang tadi, Melaka berada di tangga keempat di belakang Sarawak; Wilayah Persekutuan dan Terengganu.
Untuk keseluruhan, Melaka mendapat lapan pingat emas; lima pingat perak dan enam pingat gangsa menjadikan jumlah 19 pingat.
Terdahulu, tujuh pingat emas buat Melaka berjaya dihadiahkan oleh kem Wushu negeri menerusi acara Nanquan (lelaki dan wanita); Daoshu (wanita); Gunshu (wanita); Nandao (lelaki dan wanita); Wushu Lelaki 60 kilogram (kg).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...

