PH bertanding di 28 kerusi DUN Melaka

Masa Membaca:58 Saat

PANTAI KUNDOR 23 Okt. – Pakatan Harapan (PH) turut mengesahkan akan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri DUN Melaka pada Pilihan Raya Negeri, 20 Nov depan.

Pengerusinya Adly Zahari berkata, keputusan itu dibuat menerusi rundingan muafakat sesama parti dalam komponen PH yang mana ia disifatkan sebagai satu strategi penting untuk beroleh kemenangan pada PRN itu nanti.

“Kita melalui muafakat PH memang menstrategikan kedudukan parti masing-masing supaya yang paling penting ialah bila keputusan dibuat kita boleh mencapai kemenangan dan dipilih oleh rakyat Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program pembersihan Pantai Puteri sempena Hari Alam Sekitar anjuran sukarelawan #IniRumahKita, di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pembahagian kerusi PRN, Adly memaklumkan perkara itu akan dimuktamadkan selewat-lewatnya pada Isnin atau Selasa depan.

“Kita yakin ia boleh dimuktamadkan sebelum pertengahan minggu depan,” ujarnya.

Ditanya mengenai kerusi yang akan ditandingi Amanah, Adly yang juga Pengerusinya menjangkakan parti itu akan bertanding dalam lapan atau 10 kerusi DUN Melaka.

“Buat masa ini, ada beberapa kerusi lagi belum dimuktamadkan, jadi, kita akan adakan rundingan lanjut dengan rakan-rakan dari PH,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

454
Kongsi :
Previous post Belanjawan 2022: Melaka mohon peruntukan berbilion ringgit, keutamaan atasi banjir
Next post Mangsa banjir di Melaka terus menurun
Ubah saiz-+=