
PH fail saman pembubaran DUN Melaka
AYER KEROH 22 Okt. – Pakatan Harapan (PH) Melaka bertindak memfailkan saman berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang ke-14.
Pengerusi PH Melaka Adly Zahari dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu diambil melalui firma guaman Gan Ho dan Razlan Hadri untuk menilai fakta, prosedur dan proses pembubaran DUN pada 4 Oktober lalu.
Katanya, tindakan itu di ambil atas prinsip serta semangat bagi memastikan perlembagaan dan keluhuran undang-undang terus dihormati.
“Kita menyedari bahawa kita masih berhadapan dengan pandemik COVID-19 di mana kesihatan dan keselamatan rakyat menjadi keutamaan.
“Kita juga menyedari Melaka baharu melangkah ke Fasa 4, di mana aktiviti ekonomi rakyat baharu berjalan dengan baik bagi memastikan pemulihan ekonomi rakyat tidak terjejas.
“Maka, saya mewakili PH Negeri Melaka, melalui firma Gan Ho dan Razlan Hadri memfailkan saman kepada pohak berkenaan untuk menilai fakta, prosedur dan proses pembubaran DUN Melaka yang ke-14,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
‘MAK CIK TAKKAN LUPA BUDI TOK RAUF, YB ALONG’
REMBIA 11 Ogos - 'Rumah syurga dunia' menjadi gambaran rasa syukur Sawiyah Husin, 65, apabila menerima sebuah rumah baharu menerusi...
HLN 2026: KOLEJ KOMUNITI SELANDAR BUKTIKAN WARGA TVET HEBAT DALAM LANDSKAP
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kolej Komuniti Selandar (KKSL) mencipta kejayaan membanggakan apabila merangkul gelaran naib johan Pertandingan Arca Peringkat...

