Piala AFF: 59,000 tiket dalam talian habis dijual

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Sebanyak 59,000 tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini, habis dijual dalam tempoh kurang 24 jam secara dalam talian.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan tiada lagi sebarang penjualan tiket tambahan, sama ada secara dalam talian atau di kaunter tiket stadium.

Tiket bagi perlawanan itu hanya dijual secara dalam talian menerusi www.tickethotline.com.my bermula 3 petang semalam (4 Jan), dengan tiada penjualan di kaunter.

Semalam, Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman memaklumkan sebanyak 21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.

Konsert Jay Chou, iaitu artis terkemuka dari Taiwan, akan berlangsung pada 15 Jan ini di venue sama.

Malaysia mara ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan B dengan sembilan mata, selepas menewaskan Singapura 4-1 pada Selasa (3 Jan), Vietnam muncul juara kumpulan dengan 10 mata, manakala Singapura tersingkir apabila menduduki tempat ketiga dengan tujuh mata.

Sekiranya berjaya menundukkan pasukan paling cemerlang Thailand yang mempunyai enam gelaran, skuad Harimau Malaya akan bertemu pemenang antara Vietnam dengan Indonesia di pentas final pada 13 dan 16 Jan ini.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1526
Kongsi :
Previous post Agong mahu universiti di seluruh negara bantu aspek pendidikan pelajar
Next post Laluan Batang Kali – Genting Highlands dibuka semula esok
Ubah saiz-+=