
Piala Thomas: Pemain Malaysia Telah lakukan yang terbaik – Ahmad Faizal
BANGKOK, 13 Mei – Perasaan gementar dan terlalu berhati-hati dilihat memberi kesan kepada pemain Malaysia yang menyebabkan kekalahan mengejut kepada India dalam perlawanan suku akhir Piala Thomas malam tadi.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata para pemain telah melakukan yang terbaik, namun nasib tidak menyebelahi mereka.
“Pemain kita boleh melakukan lebih baik lagi. Saya nampak dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini, mereka melakukannya dengan sangat baik. Kesemua pemain telah mencuba dengan sebaik mungkin. Itu yang kita harapkan. Namun, nasib tidak menyebelahi kita,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Impact Arena di sini.
Sebelum itu, Ahmad Faizal bersama Duta Malaysia di Thailand, Datuk Jojie Samuel hadir menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Thomas antara Malaysia dan India.
Ahmad Faizal berharap pemain Malaysia akan terus berlatih bersungguh-sungguh untuk menghadapi kejohanan akan datang.
“Kita cuba di lain siri Piala Thomas,” katanya.
Malaysia yang mengalami kemarau kejuaraan selama tiga dekad sejak kali terakhir menjuarai Piala Thomas pada 1992 di Kuala Lumpur, kalah 2-3 kepada India dalam perlawanan suku akhir di sini malam tadi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
1,047 PESERTA IMARAH MAJLIS MAHABBAH RAMADAN HAWA 2026
BANDA HILIR 1 Mac-Majlis Mahabbah Ramadan anjuran Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA) 2026 menghimpunkan seramai 1,047...
KEGEMBIRAAN 84 ANAK YATIM, ASNAF WARNAI Q’ASEH RAMADAN
AYER KEROH 1 Mac - Program Q’aseh Ramadan 2026 diharap dapat menjadi pemangkin kepada penyatuan umat Islam serta mengimarahkan masjid...
LELAKI TULAR BERPAUT PADA KERETA BEKAS ISTERI DITAHAN
JOHOR BAHRU 1 Mac - Polis telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian tular yang memaparkan dirinya berpaut...
PELUANG DAPAT ‘E-WALLET’ RM20 DI 4 BAZAR RAMADAN RAHMAH MELAKA
AYER KEROH 1 Mac - Pengunjung terawal dan bertuah berpeluang menerima baucar RM20 e-Wallet Touch ‘n Go (TNG) sempena penganjuran...
ADUAN BERTAHUN SELESAI DI BAWAH ‘TOK RAIS’
PAYA RUMPUT 1 Mac - Pelbagai aduan melibatkan lampu jalan, turapan jalan serta kemudahan awam di bawah kawasan Hujong Padang...
SCIENTEX BINA 3,700 RUMAH MAMPU MILIK DI PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 1 Mac - Pembangunan projek perumahan berskala besar seluas 528 ekar (213.6 hektar) oleh Scientex Heights Sdn Bhd...

