
PICK fasa 2 mula tunjuk keberkesanan – Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR 20 Julai – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) fasa dua mula menunjukkan tanda-tanda awal keberkesanan yang mana memberi tumpuan kepada golongan warga emas dan rentan, memetik sumber portal Berita Harian sebentar tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berdasarkan pengurangan jangkitan serius bagi kategori empat dan lima.
Menurutnya, keberkesanan itu juga boleh dilihat menerusi penurunan kemasukan ke hospital dalam kalangan pesakit warga emas.
Beliau berkata demikian dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
Seramai 2.3 juta warga emas mendapat sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin melalui fasa dua.
Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin dilapor berkata, secara keseluruhan 4.1 juta dos vaksin yang diberikan dalam fasa kedua merangkumi orang kurang upaya (OKU) dan individu yang mempunyai komorbiditi.
Bagi meningkatkan jumlah penerima suntikan warga emas, kerajaan turut membenarkan mereka ‘walk-in’ di pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh negara mulai Sabtu lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
(KEMASKINI) RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
BERIKUT disertakan senarai Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka bagi tahun 2026. Ketetapan tarikh, masa dan lokasi bagaimanapun tertakluk kepada perubahan:...
MELAKA ANJUR 17 JUALAN MADANI KOPERASI TAHUN INI
AYER KEROH 24 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka akan menganjurkan 17 siri program Jualan MADANI Koperasi (JMK)...
PURATA SUHU MELAKA CECAH 35 DARJAH CELCIUS, RAKYAT DINASIHAT HAD AKTIVITI LUAR
AYER KEROH 24 Mac – Purata suhu mencecah 35 darjah Celsius di Melaka disifatkan sebagai membimbangkan dan berada pada tahap...
MELAKA SIASAT HANTARAN TULAR PROMOSI LGBT SEMPENA AIDILFITRI
MELAKA, 24 Mac - Kerajaan negeri akan menjalankan siasatan segera berhubung satu hantaran tular di media sosial yang didakwa mempromosikan...
MANTAN MUFTI MELAKA MENINGGAL DUNIA
MELAKA, 24 Mac - Mantan Mufti Melaka, Datuk Rashid Redza Md Salleh meninggal dunia pada usia 76 tahun di kediamannya...
3 HARI TIDAK KELUAR, LELAKI DITEMUI MENINGGAL DUNIA DALAM RUMAH
PAYA RUMPUT 24 Mac - Tiga hari kelibatnya tidak dilihat jiran membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di sebuah rumah...


