
Pindah buaya ‘viral’ ke Paya Indah Wetlands
TANJUNG BIDARA 16 Februari – Paya Indah Wetlands di Dengkil, Selangor bakal menjadi rumah baharu bagi seekor buaya yang kerap dilihat berenang berhampiran pantai sepanjang perairan Tanjung Bidara dan Kuala Linggi jika usaha menangkapnya berjaya.
Sebelum ini kehadiran buaya tembaga atau nama saintifiknya ‘crocodylus porosus’ di pantai peranginan berkenaan menarik perhatian orang ramai hingga ada yang merakam video dan ditularkan di media sosial.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Melaka Mohd Firrdhaus Mahmood berkata, reptilia berkenaan dipercayai terkeluar daripada kumpulan utamanya.
“Pantai di dua lokasi berkenaan adalah laluan buaya berkenaan dari muara ke muara yang lain atau habitat ke habitat dan setakat ini haiwan itu tidak mengganggu manusia.
“Usaha dibantu pelbagai agensi bermula Isnin nanti adalah lebih kepada pemantauan dan memindahkan buaya berkenaan ke lokasi lain,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Operasi Pemindahan Buaya Sekitar Tanjung Bidara dan Kuala Linggi di Pejabat Japerun Tanjung Bidara, di sini, hari ini.
Mohd Firrdhaus berkata Sungai Linggi adalah antara lokasi dikenal pasti sebagai habitat buaya di Semenanjung Malaysia.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN ANGGOTA FRU MAUT DALAM KEMALANGAN DIKENAL PASTI
TELUK INTAN 13 Mei - Senarai sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang meninggal dunia akibat kemalangan ngeri di Jalan...
TUN DR. MOHD ALI TERIMA ANUGERAH TOKOH SUKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Mei - Kecemerlangan kepimpinan khususnya dalam sukan seni mempertahankan diri melayakkan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri...
JKKN MELAKA ANGKAT BUDAYA REWANG
AYER KEROH 13 Mei - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka mahu menghidupkan kembali budaya gotong-royong dalam kalangan komuniti...
MELAKA MOHON BINA 10 NADI BAHARU
KESIDANG 13 Mei - Kerajaan Negeri sudah memohon kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mewujudkan 10 buah lagi Pusat...
PASANGAN SUAMI ISTERI MENGAKU TIDAK SALAH SEBABKAN BAYI CEDERA PARAH
ALOR GAJAH 13 Mei - Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah di sini, atas dakwaan...
SAKSI DENGAR DENTUMAN KUAT, JERITAN ANGGOTA FRU DI LOKASI KEMALANGAN
TELUK INTAN 13 Mei - Dentuman kuat kedengaran sebelum suasana berubah menjadi kelam-kabut apabila anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis...