
PM Ismail Sabri tiba di Singapura untuk lawatan rasmi
SINGAPURA, 29 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi beliau sempena pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) melalui udara dan sempadan darat antara Malaysia dan Singapura.
Ketibaan beliau di Woodlands Checkpoint pada pukul 10.45 pagi disambut oleh rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong, sebelum kedua-dua pemimpin itu melawat VTL sempadan darat.
Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Pengangkutan Datuk Wee Ka Siong dan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Ismail Sabri ke republik Singapura sebagai Perdana Menteri, sebagai memenuhi undangan Lee.
Ia juga merupakan lawatan kedua Ismail Sabri ke negara jiran sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan pada 21 Ogos lepas.
Beliau sebelum ini melawat Indonesia untuk lawatan rasmi tiga hari bermula 9 Nov.
Majlis sambutan rasmi dijadualkan berlangsung di Istana tengah hari ini.
– BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
JEREBU: KURANGKAN AKTIVITI LUAR, ELAK UDARA TERCEMAR
SUNGAI UDANG 11 Oktober - Rakyat Melaka dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar susulan keadaan jerebu yang masih berada pada tahap tidak...
SEKOLAH DI MELAKA BEROPERASI SEPERTI BIASA ESOK
AYER KEROH 11 Oktober - Semua institusi pendidikan di Melaka akan beroperasi semula seperti biasa esok (Isnin, 12 Oktober), susulan...
PERZIM KAJI PENDEKATAN BAHARU NAIK TARAF PAMERAN MUZIUM
BANDA HILIR 11 Oktober - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengumpulkan idea dan input baharu menerusi lawatan penanda aras ke lima...
TOK RAIS BAWA JUALAN MURAH KE 10 LOKASI DI DUN SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 11 Oktober - Sebanyak 10 lokasi sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang menjadi tumpuan pelaksanaan Jualan Sayang...
KOPERASI MRSM TUN GHAFAR BABA CIPTA MODEL BAHARU ‘KEDAI SEKOLAH’
BANDA HILIR 11 Oktober - Daripada menjual keperluan harian pelajar hingga menyediakan perkhidmatan dobi, makanan dan gunting rambut, Koperasi Maktab...
MeSRa: DARI LATIHAN KE MODAL, MELAKA LAHIR USAHAWAN ‘PERKASA’
AYER KEROH 11 Oktober - Kerajaan Negeri terus memperkukuh ekosistem keusahawanan menerusi pelbagai program pembangunan modal insan, latihan, pemasaran digital...


