
PM menghadap Agong, dipercayai persembah cadangan senarai Kabinet
KUANTAN 26 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dipercayai bagi mempersembahkan cadangan senarai Kabinet kepada Seri Paduka di Istana Abdulaziz di sini.
Kenderaan dinaiki perdana menteri tiba di pekarangan istana pada 10.53 pagi dengan diiringi tiga kenderaan lain dan kawalan polis trafik.
Perdana menteri dipercayai mempersembahkan cadangan senarai itu untuk mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah sebelum diumumkan, yang dijangka pada petang ini.
Pengumuman itu sekali gus akan dapat menamatkan spekulasi mengenai senarai jemaah menteri baharu, memandangkan sebelum ini terdapat beberapa senarai tular di media sosial, namun dinafikan oleh Ismail Sabri yang meminta masyarakat menunggu senarai rasmi daripada beliau.
Desas-desus kehadiran perdana menteri ke Pahang mula tersebar sejak semalam, menyebabkan perkarangan Istana Abdulaziz mula dikunjungi pengamal media sejak pagi tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,500 ATLET ‘RACECATION’ RANCAKKAN PELANCONGAN SUKAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 September - Melaka semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan sukan apabila kira-kira 1,500 peserta dari lebih 45...
‘NAK BERKASIH BIARLAH PADA YANG SAYANG, MEMINTA PADA YANG ADA’ – AB RAUF
AYER LIMAU 8 September - 'Nak berkasih biarlah pada yang sayang, meminta pada yang ada', kata Ketua Menteri Datuk Seri...
‘PUKUL 1 PAGI ADA, 2 PAGI PUN ADA’ – AB RAUF PUJI KOMITMEN HAMEED
AYER LIMAU 8 September - "Masalah rakyat pukul 1.00 pagi dia ada, pukul 2.00 pagi dia ada. Mesyuarat di pejabat...
’19 SEPTEMBER BUAH BARU MASAK, KITA TUNGGU BUAH GUGUR…’
AYER LIMAU 8 September - "19 September buah baru masak, kita tunggu buah gugur..." demikian kiasan Ketua Menteri Melaka Datuk...
WRUR SUDAH JELAJAH 27 DUN, BERAKHIR DI TANJUNG BIDARA
AYER LIMAU 8 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini memasuki siri ke-27 di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
RM1.06 JUTA BANTU 42 KELUARGA AYER LIMAU NIKMATI KEDIAMAN LEBIH SELESA
AYER LIMAU 8 September - Sebanyak RM1.06 juta diperuntukkan bagi membantu 42 keluarga di Ayer Limau menerusi kerja baik pulih...
