PMM kongsi kepakaran Bahasa Inggeris, TVET di Indonesia

Masa Membaca:57 Saat

MERLIMAU 31 Oktober – Politeknik Merlimau (PMM) berkongsi kepakaran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta Bahasa Inggeris bersama Institut Asia Malang, Indonesia baru-baru ini.

Pengarah Program Marina Abu Bakar berkata, program kali kedua dianjurkan bersama institusi pengajian tinggi di negara jiran itu membabitkan 11 pensyarah PMM.

“Kerjasama kali pertama antara PMM dan Institut Asia Malang telah dilaksanakan pada 2021 secara dalam talian menerusi program ‘Broadcasting Workshop’ untuk pelajar.

“Tahun ini adalah pertama kali kami melaksanakan program secara bersemukayang memfokuskan kepada sesi perkongsian kepakaran dalam bidang seperti pengajaran Bahasa Inggeris, Centre of Technology (COT), green technology dan inovasi pensyarah,” katanya.

Katanya, enam pesyarah PMM, seorang pensyarah Politeknik Tun Syed Nasir Ismail dan dua pensyarah Insitut Asia Malang melakukan pembentangan pada peogram itu.

“Program ini bukan saja meningkatkan kompetensi pensyarah melalui sesi perkongsian maklumat, malah meningkatkan imej TVET dalam usaha memantapkan dan menambahbaik kurikulum penyampaian serta pentaksiran sistem pengajian politeknik.

“Pada program ini turut diadakan lawatan ke ruang kerja automasi dan robotik serta inkubator keusahawanan. Semua ini membuka ruang untuk lebih banyak peluang kolaborasi dan lawatan balas pada masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2232
Kongsi :
Previous post Wanita terkedu bila diumum menang Yamaha RXZ
Next post Teater peranakan warna budaya dan warisan
Ubah saiz-+=