Wanita terkedu bila diumum menang Yamaha RXZ

Masa Membaca:1 Minit, 50 Saat

AYER KEROH 31 Oktober – “Apabila nama saya diumum masa itu tak tahu saya nak cakap apa, tak terkata bila nama disebut di atas pentas,” luah Nur Farizah Jaafar selepas memenangi hadiah utama dalam Himpunan Bermotor Negeri Melaka diadakan di Dataran Sejarah Ayer Keroh, semalam

Dalam program diadakan itu, dia merupakan satu-satunya pengunjung daripada 10,000 bertuah dan memenangi sebuah motosikal Yamaha RXZ ketika acara kemuncak itu diumumkan kira-kira 7 petang semalam.

Nur Farizah,35 berasal Paya Rumput, tidak henti henti meluahkan rasa syukurnya setelah motosikal yang diidamkan bertahun lalu kini menjadi kenyataan.

“Sebelum ini memang ada beritahu suami untuk membeli motosikal ini tapi dia kata tunggu dulu.

“Saya memang berminat dengan RXZ sebab tertarik dengan model baharu ini malah lagipun apabila saya merupakan ahli kelab RXZ Members memang mahukan motosikal ini untuk dibawa meronda.

“Alhamdulillah, saya akan gunakan sebaiknya dan takkan jual motosikal ini sebab inilah kenangan saya, terima kasih diucapkan kepada penganjur diatas program yang meriah ini kerana tak sia-sia saya menunggu dari tengah hari sampailah ke malam ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu dalam program disempurnakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ia turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali serta barisan exco kerajaan negeri.

F6EAFEE6-4E27-4A45-8148-82AD7F16DD97
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah motosikal RXZ kepada pemenang, Nor Farizah Jaafar sempena Himpunan Bermotor Negeri Melaka di Dataran Sejarah Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Dalam program diadakan kali ini, kedua-dua cabutan dalam hadiah utama memberi tuah kepada golongan wanita apabila satu lagi hadiah utama iaitu motosikal Yamaha Y15 turut dimenangi seorang wanita berasal dari Alor Gajah.

Program berlangsung sejak 2 petang semalam menawarkan pelabgai aktivit menarik diwarnai dengan persembahan daripada penyanyi lagenda negara, Ramli Sarip.

Selain itu, pengunjung yang hadir turut tidak terlepas untuk memenangi ratusan hadia cabutan bertuah antaranya enam motosikal diagihkan menerusi parlimen, 24 peti sejuk, 24 mesin basuh, 24 kipas angin, 24 telefon pintar, televisyesn serta barangan elektrik.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

12396
Kongsi :
Previous post Ismail Sabri ucap tahniah kepada Pearly – Thinaah juarai Terbuka Perancis
Next post PMM kongsi kepakaran Bahasa Inggeris, TVET di Indonesia
Ubah saiz-+=